Cabaran Solo : Bercuti Ke Bali bersendirian



Salam blog semua. Kat sini aku nak kongsi satu impian yang tak sempat aku lakukan lagi. Dah setahun aku fikir benda ini. Sebenarnya sebelum berpindah ke Klang aku dah rancang untuk menjayakan satu misi. Misi ni timbul bila makin lama, aku makin bosan bila tiada satu pun yang baru dan mencabar dalam hidup aku. .Oleh itu aku pun memikirkan satu aktiviti yang bagi aku satu cabaran. Aku ingat nak bercuti ke bersendirian ( secara solo ) ke luar negara, sebab nak rasa macam mana berada di tempat orang tanpa mengenali sesiapa dan bantuan sesiapa. Aku tak nak ikut agen atau ajak kawan -kawan sebab nak skit cabaran. Sepatutnya kau pegi Mac 2008, tapi disebabkan aku bertukar kerja ke Klang aku tangguhkab dulu.






Untuk pengetahuan semua, aku pilih Bali sebagai destinasi, sebab apa? Pertama, taklah jauh sangat dari Malaysia, Keduanya, Bahasa Indonesia masih boleh difaham, ketiga, aku jatuh cinta dengan keindahan Bali, Keempat, agak murah (kalau naik kapal terbang tambang murah) dan kelima, sebab ini kali pertama, kena cari tempat yang tak jauh sangat dengan Malaysia.


Aku dah tengok-tengok dah macam mana nak pergi sana, kat mana nak tinggal dan apa nak buat kat sana. Jadi sekarang ini ada beberapa info. Kebanyakkan aku dapat dari Yahoo Travel. Kalau sesiapa ada idea bagila tahu. Sebelum ini, aku dapat tahu macamana Bali tu dari majalah atau dokumentari sahaja. Mungkin idea-idea kawan-kawan boleh membantu. Setakat ni aku masih tak tetapkan bila nak pergi sebab nak kumpulkan semua info dulu, mungkin Januari tahun depan, 3 to 5 hari. Aku dah tengok dengan Jabatan Imigresen Malaysia, disebabkan aku nak pergi seorang, tak boleh nak buat pas lawatan berkumpulan. ( RM 200 untuk satu kumpulan, murahkan) Jadi aku kena buat pasport 32 muka surat-RM 300 utk 6 tahun.


Setakat ni harga hotel kat sana pun pelbagai, macam biasala, ikut bintang, tapi ada satu tempat di Kuta yang hotelnye agak murah, USD 26 satu malam, dalam laman web dia, keadaan kawasan dan fasiliti agak baik. kemudahan pun ok.



Tempat ni pun dekat dengan airport. Senang skit. Lepas ini aku nak carik pasal pengangkutan, makanan (penting tu), keadaan dekat sana dan yang penting sekali kebudayaan Jawa, suka tengok org Jawa menari, unik dan muziknya mengasyikkan sangat. Harap-harap berjaya : )

http://www.tourismindonesia.com/
http://www.indonesia-tourism.com/
http://www.trulyindonesia.com/

Comments

-kar- said…
Jadi bila cadang nak pergi tu?
kami said…
rasa nyer lagi sebulan jerk Fiz nak gerak ke bali menurut perancangankan.. huhuhu best nyer. KAMI dah dua kali g memang best..
dah dua kali pergi, bestnya, fiz tak tahu jadi tak ni.ader keja lak bulan 1 tu kat tempat keje, em:(
-kar- said…
Semoga selamat pergi dan balik yer!
memang nak pegi, kalau ikut kan plan bulan satu, tapi bulan satu ada major overhaul kat tempat fiz ni, emmmm, tension tul la.

Popular Posts