Saturday, October 25, 2008

Cermin Kereta Pecah : F**K


Algojo yang sedang kesakitan

Salam, kawan kawan mesti terperanjat baca tajuk post ni kali ini kan. Hahahaha. Bukan kereta aku yang pecah, kereta budak satu rumah. Takde yang hilang, cuma duit jer yang melayang. Bukan kena pecah dengan orang tapi kena pecah dengan tekanan + kepanasan. Kesian dia. Kejadian tu sangat menyayat hati sehingga nak menangis pun ader, nak ketawa pun ader. Huhuhu.


Berada di hospital kereta

Alkisahnya, mamat(mangsa) ni keluar nak gi 7E bersama Algojonya (panggilan untuk kereta kesayangnya), pada suatu petang yang nyaman tapi panas la gak. Menurut kat mangsa, tengah duk nyanyi-nyanyi dalam kereta sambil menunggu lampu isyarat menjadi hijau, sebuah kereta yang dipandu laju, melintas memotong. Kereta mewah yang dipandu seorang wanita berbangsa cina tanpa segan silu membuat aksi ngeri yang menyebabkan mangsa naik angin. Apa lagi mangsa bukak tingkap dan menarik tangannya ke arah langit sambil membuat tanda f**k sambil menjerit f**k dengan rasa bengang yang maha hebat.

Selesai membeli belah di 7E, mangsa pun bergerak balik, tiba-tiba bunyi KRAK, cerminnya retak seribu, diikuti BOOOM, pecah dan meletup cermin belakang. Motor yang lalu di sebelah Algojo hampir jatuh dengan menjerit ketakutan.


Kita makan dulu

Malam tu, mangsa, algojo dan aku pun pegi membaiki cermin yang telah pecah tu, nasib baik murah. RM 90, tu pun minta kurang. Sebelum siap kitaorang belasah la jap kat Mamak Bidayah ni. Tunggu dalam sejam, semua siap. Cantik dan bersih kedai tu buat.

Masa balik tu, aku dan mangsa telah membuat kesimpulan mengarut yang fitnah, hahahaha, mesti perempuan cina tu tiup bagi bagi pecah. Kira guna ilmu batin la ni, hihihihi. Bila ingat, nak gelak pun ader, nak menangis pun ada.

5 comments:

AMAD said...

hik!! hik!! moral of the story "jangan suka mencarut bykkan bersabar"...

zaffVader said...

uiks.. camner bleh pecah sendiri??? hmm...

Khapeace Khalead said...

Emmm, camner dia pecah sendiri tu mungkin mcm aku simpulkan la, cina tu adaer ilmu hitam,huhuhu. Takdela, mabe pasal kete tu dah la hitam, masa tu panas, aircond on, and then.............

liena said...

pagi td cermin kete belakang retak seribu dengan sendirinya....

Khapeace Khalead said...

sabar yek