Filem W kritik Bush ditayang

LONDON - Filem terbaru arahan bintang Oliver Stone, W muncul pada tayangan perdana Eropah sempena Festival Filem British ke-52 di Dataran Leicester di sini malam kelmarin.
Bersempena pemilihan presiden baru Amerika Syarikat, W mengisahkan kehidupan George W Bush lakonan Josh Brolin dengan aktres British, Thandie Newton sebagai Setiausaha Negara, Condoleeza Rice.
Stone yang terkenal menerusi beberapa filem biografi presiden termasuk John F Kennedy dan Richard Nixon menyifatkan W lebih kepada kritikan kelemahan dasar luar Bush.
"Asalnya filem presiden terakhir arahan saya namun berubah bila saya melihat kebangkitan calon Demokrat, Barack Obama," katanya yang menafikan W sebagai anti-Republikan.

Comments

Popular Posts