Saturday, October 18, 2008

Gym+Clubbing+Open House+Kerja Kawin=Penat Giler

19 Oktober 2008 : 0700 pagi. Salam mengantuk dan penat buat semua. Alamak, baru pukul 7 pagi la. Kejap lagi siap-siap nak gi Taman Melati Kuala Lumpur, ada kawan dari satu matrikulasi kahwin, Satu praktikum, Praktikum 16, aku dulunya belajar dekat  Matrikulasi N. Sembilan-Kuala Pilah, sapa yang belajar kat sana angkat kaki, pandai. Tempat tu bagus kawasannya, selesa, tapi yang aku bengang masa belajar dulu, air selalu tak ada. Sampai waktu ketika tu, satu matrik berpesta pegi Air Terjun Ulu Bendul mandi kat sana sebab dah berminggu air tak ada. Dashyat masa tu. Oklah, cukup, kali ini bukan masanya nak citer pasal takde air.

Nampaknya aktiviti hujung minggu aku kembali berkepuk-kepuk. Penat tak terkata. Sebelum tu terima kasih pada semua yang menyokong pembangunan blog ni. Ramai yang komen dan beri pendapat. Terima kasih. Harap-harap blog dapat menarik perhatian lebih ramai kawan-kawan. Gambar kat atas tu gambar kat  Pastamania. Budak satu rumah aku ni tetiba nak makan lak kat sini. Aku ikutla. Okla rasanya. Sedap. Selalu gak makan kat sini. Tapi yang buat kau mengamuk masa makan tu, salah ambil pesanan. Guna lagi warga asing. Lain diminta, lain di bagi. Bahasa Inggeris pun tak pandai. 


Hari jumaat malam, macam biasa aku gi gym la ( tapi badan gemuk je :( Huhuhuhu), .  "gym partner " aku ikut sekali, dia turun dari KL . Selain dak-dak umah sebagai "gym partner " susah nak cari kawan kat situ. Dalam hal ni malas nak komen. Yang aku tahu, ramai nampak sombong 
kat kat sini. Lantakla. Malas nak layan. Aku bayar juga. Huhuhuhu. Kali ni tak buat banyak pun, kardio + back saja. Malas nak penat-penat sebab malam tu ada aktiviti lain pulak. 

Kul 12.30, aku dah ada kat tengah-tengah Kuala Lumpur, mengharung jalan sesak yang tak ada penghujungnya. Bosan aku. Malam tu aku gi "clubbing" sebab lama dah tak pergi, kali terakhir sebelum puasa. Cukup ramai orang kali ni. Penuh betul, sampai tak cukup kawasan. Tapi aku tak boleh nak bertahan sebab letih dari gym. Jadi, separuh jalan sajala. Naik tingkat atas tengok orang menari saja. Penat sangat la. Hampir tertidur la juga.

Gambar kat atas ni masa keluar nak balik, dia guna nama aku, FIZ, huhuhuhu, ni kena mintak royalti ni. Sampai rumah pukul 5, terus tidur, letih sangat la. Esoknya nak bangun awal nak pegi open house pula. Tidur dulu yek.

Bangun-bangun, apa!!!! Dah pukul 11 pagi. Alamak lewat dah ni. Dobi tak hantar lagi ni. Lepas semua siap, bertolak ke open house. Yahoo!!!! Makan percuma lagi. Terima Kasih pada Mas Al Hafiz sebab menjemput. Ada nasi impit, kuah kacang, mee hun goreng, kari ayam, lemang, roti jala dan banyak lagi, melantak aku sampai tak boleh bangun dah. Maaf la takda gambar sebab bateri habis, jadi kena tunggu semua email la dalam friendster group. 

Hari ni dah 7.47, ingat nak gi gym tapi macam cantik jer tilam tu. Tidur dulu pastu nak siap-siap gi Senawang untuk kawan kawin. ok.Chow. Salam


7 comments:

zaffVader said...

rajin eh gi gym :) bagus2 tapi makan kene control gak ;P

rZia said...

serious shyte aku taleh imagine oke. ure dancing. damn man! haha haha. i didnt know that u club!

Khapeace Khalead said...

alamak rzia, kantoi lak.huhuhuh

gidong said...

Gym ? biar betul ... dari potongan badan memang tak der makner nyer huahahahahaha

Khapeace Khalead said...

org baru masuk la, gym,bro dani kutuk yek

uNcLe TiEf said...

gym partner???
huhuhuhu..somthnig wrong somewhere nie..hehehe..nanti aku blanje makan pastamania eik...

Khapeace Khalead said...

Gym partner? Hang tak pernah tahu ker.