Hari Pertama Selepas Raya : Saya Bosan + Ubatnya


06 Oktober 2008:12.40 Tghari: Selamat hari raya, selamat hari raya, selamat raya, semua ornag mengucapkannya, di radio , tv, majalah. Naik penat mengucapnyer. Tapi seronok dengar kalau ucap selamat itu ditujukan pada kita, pada kawan-kawan yang baru balik dari Pinang, Terenagganu, Kelantan, Perak dan sebagainya, selamat bertugas. Kesian ada kawan di tempat kerja ni, keluar rumah pukul 12 tghari, samapai rumah 1 pagi; destinasi, Pulau Pinang. Teruknya. Nasib baik balik dari Muar tak sesak walaupun ada kawasan yang pergerakkanya agak perlahan. Tapi aku pernah juga terperangkap dalam kesesakan, dari Seremban ke Kuala Lumpur, 2 jam, gila. Tak ingat tahun berapa.

Nak ucapkan terima kasih pada kekawan yang hantar kad raya, bagi duit raya dan bagi raya kat umah korang, nak raya datangla Klang, bagi makan biskut kering dengan air suam. Tahun ni macam biasala macam tahun-tahun lepas, cuma kali ni balik kampung. Seronoknya.

Saja nak kongsi, pernah dengar Monday Sick, pernah terjadi kat kamu, aku sedang menghadapinya, dah seminggu tak kerja, rasa nak lepak saja. Malas, malas, malas, malas. Dah malas, datang-datang kerja masuk komputer buat hal, sebenarnya aku yang buat hal, lupa kata laluan. Banyak sangat nak ingat, sampai tersalah ingat, dah aku cuba satu persatu sampai dah tak larat dah. Nasib baik boleh reset balik kata laluan dari server. bengang betul.

Kalau korang, ambil ni ubatnya.

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkantekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduksebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang danmudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakandiri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibacaakan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur’an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membacaAl-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membacaAl-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain sepertiketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagaiteman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amalibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solatsunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagaisolat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malamdan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dankekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Inibererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukansecara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat,tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azandan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yangbenar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezekitidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoahanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapandengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yangBerkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu,kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nyajika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawatentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otakyang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kitamelakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badanseperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kitameluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan jugaakan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakansalah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untukmengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat.Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkanpenyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencingmanis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapatdiredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasanhati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebutdalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” adasesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, merekaseolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh,bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yangMaha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kitamempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untukmelakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dantiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mestimenghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”.Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kitaperlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Dirikita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perludipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakankehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagaikesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untukdiatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalanpenyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapatdiselesaikan dengan jayanya.
zwani.com myspace graphic comments
Cute Graphic Comments

Comments

Popular Posts