Kaitan kudis, kondom

Doktor Sakit TuanDOKTOR SAKIT TUAN bersama Dr.Ismail Thamby

JIKA anda menghadapi masalah kesihatan berkaitan perkara sulit yang sukar diselesaikan, Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby sedia membantu. Hantarkan masalah anda lengkap dengan nama, alamat penuh dan nombor telefon kepada :

Pengelola Ruangan Sakit Tuan, Harian Metro, 31, Balai Berita Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.
Faksimili:03-22848390
E-mel:
mailto:roda@hmetro.com.my

SOALAN

ADAKAH penggunaan kondom boleh menyebabkan penyakit kudis pada alat kelamin?

SUAMI RESAH
Johor Bahru

JAWAPAN


Jarang kondom diperbuat daripada getah asli mengakibatkan alahan kulit kepada individu yang mengamalkan pemakaiannya.

Jika ia berlaku, ini mungkin akibat tindak balas kimia dalam getah yang diproses itu atau jarang kali akibat kandungan protein.

Jarang sekali alahan berlaku akibat bahan pelicin yang disalurkan kepada kondom. Jadi anda terpaksa mengelak menggunakan kondom diperbuat daripada getah asli.

Anda boleh dapatkan kondom sintetik yang diperbuat daripada plastik lembut. Tidak semua kedai farmasi membekal kondom itu.

Anda boleh cuba masuk laman yang menjual kondom plastik dan buat tempahan melalui pos.

Anda boleh menggunakan jentera pencari di Internet seperti ‘Google’ atau ‘Yahoo’ dan mencari perkataan masukkan perkataan ‘plastic condom’ bagi mendapatkan maklumat mengenai kondom plastik.

Comments

Zharif said…
aiyooo~ tak bole bayangkan ehem2 tu berkudis... yuckss hahaha
uNcLe TiEf said…
eeeee.....
geli....
pakai condom salah..
x pakai salah..
erm...
susah2..xyah maen jerk..
huhuhuhu
FK said…
Hahahaha,mcm mcm :)

Popular Posts