Mengesan petanda awal penyakit kanser


Sebagai seorang wanita, Dr. Puteri Shafinaz Akmar Abdul Rahman amat prihatin dengan penyakit yang melanda kaum wanita sekarang ini. Contohnya, kaum wanita kini lebih terdedah kepada pelbagai penyakit terutama kanser yang sememangnya memerlukan pengesanan awal. Untuk itu ia ingin membantu menggunakan kaedah kajian proteomik, iaitu kaedah yang mana protein dalam sel atau organisma dikaji bagi memperoleh profil ekspresi protein. Menurut Dr. Puteri Shafinaz, pensyarah Jabatan Perubatan Molekular, Universiti Malaya (UM) itu, pihaknya sedang menjalankan kajian berkaitan darah pesakit kanser melalui ujian proteomik.
"Buat masa ini, saya lebih menjalankan kajian menjurus kepada kanser endometrium (rahim) dan serviks (pangkal rahim). "Darah pesakit dianalisis menggunakan kaedah gel dua dimensi yang mana protein darah berkenaan dipisahkan mengikut tahap isoelektrik dan berat molekul masing-masing. "Titik protein berkenaan kemudiannya akan dikesan pada gel menggunakan teknik pewarnaan," katanya.
Menggunakan darah pesakit dengan dilalukan pada gel dua dimensi dan dari sana protein darah berkenaan dipisahkan dan dibezakan menggunakan teknik pewarnaan," katanya. Titik protein Selepas itu, titik protein (protein spot) yang dikesan akan dibandingkan titik protein yang didapati daripada pesakit normal. "Ketika itu kami akan bandingkan perbezaan yang didapati menggunakan ekspresi protein," katanya. Dr. Puteri Shafinaz berkata, semua sampel yang digunakan diambil daripada pesakit yang menghidap kanser pada tahap satu dan dua untuk mencari penanda awal yang boleh mengesan penyakit tersebut.
Bagi bahagian kedua kajian ini, beliau menggunakan suatu bahan yang ditulenkan daripada biji cempedak yang dipanggil lektin bagi melihat perbezaan ekspresi protein dalam darah pesakit yang dipisahkan menggunakan teknik dua dimensi (2D). Bagi mendapatkan keputusan, gel 2D tadi dipindahkan ke atas lapisan nitros selulos dan diinkubasi dengan larutan lektin daripada biji cempedak. "Penggunaan lektin ini memberi perbezaan antara tahap glikoprotein pesakit kanser dan individu normal," katanya.
Dari kajian menggunakan lektin, kami telah dapati satu protein yang hadir dalam darah pesakit endometrial tetapi tidak dalam darah pesakit kanser serviks. "Keputusan yang didapati mungkin berpotensi dijadikan penanda bagi kanser endometrial," katanya. Bagaimanapun beliau menambah bahawa kajian mengenai protein tersebut perlu diteruskan untuk mengkaji jika protein tersebut juga hadir dalam jenis kanser yang lain. Justeru satu profil keseluruhan bagi jenis-jenis kanser perlu dibuat bagi mengenalpasti glikoprotein dalam darah pesakit tersebut.
"Oleh itu, kami juga berminat untuk cuba membangunkan penanda yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis kanser. "Kumpulan penyelidik kami juga kini mengkaji sampel darah digunakan bagi mengenal pasti jenis-jenis kanser yang berlainan seperti payu dara, tulang dan ovari. "Kami juga sedang sedang mengkaji untuk menggabungkan beberapa penanda bagi membolehkan lebih daripada satu kanser dikesan pada satu-satu masa." katanya. Manakala sampel kanser diambil daripada darah pesakit kanser yang menjalani rawatan di klinik Pusat Perubatan UM (PPUM).
"Disebabkan kaedah gel 2D agak susah, rumit dan memakan masa, dalam kajian awal ini saya hanya menggunakan saiz sampel yang agak kecil iaitu 20 sampel darah pesakit endometrial, 20 pesakit servikal dan 30 lagi individu normal," kata Dr. Puteri Shafinaz. Katanya. walaupun sampel yang diambil nampak kecil tetapi proses kajian dan penganalisisaan data yang diperolehi mengambil masa yang lama iaitu tiga tahun. "Buat masa kini, kami juga sedang mencuba platform proteomik yang lain yang lebih pantas (high-throughput) bagi membolehkan lebih banyak sampel dikaji," tambahnya.
Kajian berkenaan dijalankan semasa pengajian ijazah doktor falsafah di bawah seliaan Prof. Dr. Onn Hashim dengan kerjasama Prof. Madya Dr. Lim Boon Kiong dari Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, PPUM. "Saya menggunakan teknik gel 2D kerana ia dapat menganalisis profil protein dalam darah secara serentak. "Lektin daripada biji cempedak yang kami gunakan dalam kajian telah ditemui oleh Prof. Dr. Onn hasil kajiannya lebih 20 tahun lalu. "Jadi bagi kajian ini kami telah cuba mengaplikasikan kegunaan lektin cempedak tersebut bagi tujuan penyakit kanser," katanya. Dr. Puteri Shafinaz berkata, selain dalam biji cempedak, lektin juga boleh ditulenkan dari banyak jenis biji dan bahagian tumbuhan lain.
Kini penyelidik muda ini memberikan penekanan kepada penyelidikan bagi mencari penanda kanser peringkat awal bagi memberikan peluang rawatan

Comments

Popular Posts