Harga minyak dunia dah turun-AS$75 setong, bila Malaysia lagi???????

Minyak mentah merekodkan harga terendah dalam setahun dengan didagangkan di bawah paras AS$80 setong (RM279) manakala di London menurun sehingga AS$75 setong (RM262).

Penurunan itu berikutan kebimbangan kemelesetan ekonomi global manakala Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) turut memberi amaran bahawa krisis kewangan dunia boleh menghakis permintaan minyak dan pelaburan terhadap penerokaan telaga baru.

Minyak mentah Brent Laut Utara menjunam sehingga AS$75 setong sekali gus menjadi angka terendah sejak 12 Oktober 2007 namun harganya menokok untuk ditutup pada AS$77.23 setong (RM270).

Harga-harga minyak mentah terus menyusut walaupun Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) akan mengadakan mesyuarat tergempar pada bulan depan untuk mencari penyelesaian terhadap krisis ekonomi dunia.

“Tinjauan terhadap pertumbuhan global yang merosot membawa kepada pembetulan harga komoditi yang mendadak. Kejatuhan berterusan dalam tinjauan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan terus menekan harga minyak untuk turun di bawah AS$60 setong (RM209),” kata seorang penganalisis Bank Deutsche, Martin Lewis.

Harga minyak mentah kini sudah jatuh hampir 50 peratus berbanding harga rekod AS$147 setong (RM513) yang dicatatkan pada 11 Julai lalu. – AFP

Comments

Popular Posts