Sunday, October 26, 2008

My Brand New Look : www.khafizblog.blogspot.com


Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Hari Deevapalli pada semua. Rasanya dah lama tak menulis dalam blog secara terus, sebelum ni asyik ambil salinan saja dari internet. Bukan apa, sibuk mengubah semula laman blog ni. Rasanya dulu punya laman nampak terlalu tipikal dan tak berapa menarik. Diharap perubahan ini akan memberikan impak kepada pembaca. Aku akan cuba jadikan blog ini lebih berbentuk dairi ilmiah. Lebih banyak info akan cuba dimasukkan ke dalam laman ini. Lebih banyak pengalaman dan cerita sebenar akan cuba ditambah agak blog ini tampak menarik.

Terima Kasih yang menyokong dan ada yang sudah pun menjadi " Follower" laman ini. Terima kasih semua. Sebenarnya banyak lagi yang kena ubah, disebabkan dahulu, blog latar belakang hijau , jadi tulisan belakang putih, bila berpindah ke paparan baru ini, latar belakang menjadi putih dan tulisan yang dahulu akan hilang. Bengang juga, ada yang memang tak boleh ubah langsung. Jadi sesetangah post yang lama sukar dibaca. Ini akan ambil masa kerana sesetangah post ada mengandungi " bug " dan sukar untuk diubah. Takpa, saya kan mencari jalan penyelesaian.

Minat dalam menulis semakin hari semakin seronok juga. Inilah hobi baru aku sekarang. Bercerita. Kalau ikutkan banyak cerita nak tulis tapi masa membataskan segalanya. Oleh itu ada post yang akan aku hantar bukan dari aku. Bukan nak ambil salinan tanpa kebenaran, tapi disebabkan menarik, akan kongsikan bersama.ok.

Harap, semua dapat berpuasa hati dengan laman ini dan dapat memberi komen pada aku.ok. Tulis saja komen, Insyallah aku balas. Pada semua, terima kasih dan selamat menyambut Deepavalli. Akan lebih banyak benda menarik akan terdapat dalam laman ini tak lama lagi. Sokongla saya.

1 comment:

zaffVader said...

tahniah sbb blog dah berwajah baru hehe...