Friday, October 3, 2008

Perwakilan Pelajar vs DVD XXX


03 Oktober 2008: 21.50 : Salam semua, sebenarnya malas nak tulis malam ni, nak tidur, tapi saja nak kongsi pengalaman ini. Aku baru balik beli pengecas bateri, terpaksa sebab tertinggal kat kampung. Di takdirkan kat tepi kedai tu ada kedai jual DVD haram, aku pun pegi la melawat, saja aje. Tak ada niat pun nak beli. Tengah tengok-tengok, terjumpa seseorang yang dikenali, dia Presiden Perwakilan Pelajar Universiti XXX. Tak bolehla bagitau. Tapi aku tak suka la dia sebab aku berhaluan kiri, dia pula berhaluan kanan masa kami belajar dulu. 

Jadi tak berapa baik la ni persahabatan aku dan dia. Saja aja aku larikan diri ke tempat lain, malas nak berselisih. Tengah tengah dok belek-belek, nampak dia memasuki sebuah bilik dengan pintunya tertutup rapat. Dia nampak macambiasa melawat bilik tersebut. Hairan aku, ke mana dia pergi. Tiba-tiba ada orang keluar dari bilik tersebut dan lupa menutupnya. Emmm...... Rupanya dalam tu penuh DVD XXX.  Faham la aku.

Sebenarnya aku cuma terkejutla, dia adalah sesoorang yang dulunya seorang Presiden Perwakilan Pelajar Universiti yang dipilih memimpin berpuluh ribu pelajar, kalau dulu diikutkan latar belakang, dia memang hebat, anak orang berada, naik kereta mewah dan dikagumi ramai pihak, tapi sebenarnya. Tak tahula, macamana kalau dia jadi pemimpim negara suatu hari nanti, tepuk dada tanya akal.

5 comments:

rZia said...

habeslah inegriti die tercalar bak laporan kau

Khapeace Khalead said...

Hahaha, nak tahu saper, tak boleh bagi tau

mp3-khapece said...

come visit my other link

www.khafizblog.blogspot.com - general issues
www.mp3-khapeace.blogspot.com - download new mp3
www.musix-khapeace.blogspot.com - latest gossip
www.tech-khapeace.blogspot.com - tech updated
www.news-khapeace.blogspot.com - your latest news

apes said...

huhuhu... i tau saper dier yg u mksudkan... nk reveal ker? hehehehe......

Khapeace Khalead said...

hahaha, alamak ada org tahu la