Sains dan Teknologi : Ada aura, ada gaya - Motorola Aura





BERINSPIRASIKAN rekaan jam tangan mewah dan seni reka tangan terunggul, Motorola memecah tradisi industri perekaan telefon mudah alih dengan memperkenalkan telefon bimbit Motorola Aura yang terbaik dalam reka bentuknya.

Mempamerkan rekaan klasik lagi sofistikated, Aura hadir dengan paparan bulat berbentuk seperti jam tangan mewah serta disepadukan dengan material berkualiti sekali gus menjadikan ia tampak bergaya lagi unik.

Gabungan serta hasil penyelarasan 200 alat serta material tertentu berjaya menemukan sentuhan rekaan yang diperlukan bagi menghasilkan telefon model ini.

Dilengkapi dengan skrin paparan LCD yang diliputi dengan lensa kristal nilam 62 karat membuatkan ia kalis calar dan antara mukanya yang elegan diperhebatkan lagi dengan hasil penyepaduan 16 juta warna yang membolehkan resolusi setinggi 300 dpi terhasil.

‘‘Penghasilan Aura merupakan hasil usaha Motorola dalam menyediakan telefon bimbit yang berteraskan rekaan berinspirasi, berimaginasi dan tahap pencapaian seni pertukangan yang terunggul,’’ kata Pengarah Perekaan Perkakas Mobil Motorola, Jim Wicks.


Rekaan Aura ternyata diserlahkan lagi dengan binaan berasaskan tahan keluli diterapkan pada bahagian kerangka badannya, sekali gus membuatkan ia tampak mewah.

Lebih menarik, berteraskan ciptaan khas mekanikal Swiss, bahagian hadapan Aura boleh dipusingkan 180 darjah ke atas bagi memberi ruang kepada pengguna untuk berinteraksi dengan pad kekuncinya.

Selain itu, Aura turut dilengkapi dengan teknologi terkenal Motorola CrystalTalk yang berupaya memberikan pengalaman berbual yang terbaik kepada pengguna.
Di samping itu juga, ia turut dilengkapi dengan kemudahan sambungan Bluetooth dan beberapa ciri menarik.

Aura dijangka akan berada di pasaran tempatan mulai suku pertama tahun hadapan.

Maklumat dan spesifikasi lengkap boleh didapati dengan
melayari laman web www.motorola.com/AURA.

Comments

Popular Posts