Sony tarik balik alat permainan : Guna muzik dengan ayat al-Quran


Timbul kemarahan umat Islam kerana muzik gabung ayat al-Quran


CHICAGO: Pengeluar permainan video terkemuka dunia, Sony, menarik balik berjuta-juta salinan permainan baru komputer selepas ia menimbulkan kemarahan umat Islam kerana menggabungkan muzik dengan ayat al-Quran, lapor akhbar Chicago Sun-Times. "Kami dengan ikhlas memohon maaf di atas sebarang kesilapan yang dicetuskan," kata Pengarah Komunikasi bagi Sony Computer Entertainment of America, Patrick Seybold. Permainan Sony's LittleBigPlanet, yang dijadualkan berada di pasaran Jumaat ini, memaparkan gabungan sebuah lagu dengan dua ayat al-Quran.

Dalam permainan In LittleBigPlanet, pemain mengawal karektor kecil bernama Sackboy, kerana material dan penampilan, setiap satunya yang boleh berlari dan melompat, selain bergantung dan mengheret objek. Pemain menggunakan kemampuan ini dalam beberapa cara: bermain dan menjelajah persekitaran yang ada dalam permainan, yang memaparkan elemen landasan seperti melompat, menolak, merebut dan berlari. Bagi kandungan sendiri, pemain menampal pelekat pada setiap tahap, selain menggunakan tahap editor untuk mencipta, memusnahkan, menyunting dan memanipulasi tahap dan akhirnya berkongsi ciptaan.

Bagaimanapun, ia mengundang kemarahan umat Islam yang menyifatkan ia satu bentuk penghinaan. "Kami menganggap gabungan muzik dan ayat al-Quran amat menyinggung perasaan. Kami berharap anda boleh membuang trek itu dari permainan dengan segera," kata salah seorang pemain dalam ruang mesej internet. Ini bukan kali pertama syarikat pengeluar menarik balik permainan dari pasaran kerana menghina umat Islam. Firma Nintendo dari Jepun terpaksa mengubah suai permainan yang sudah dipasarkan, The Legend of Zelda: Ocarina of Time selepas mendapati ia mengandungi zikir. Bulan lalu, permainan komputer yang menonjolkan wira Amerika yang dihantar untuk 'memusnahkan umat Islam' mencetuskan kemarahan di Britain.
Boikot, boiko,boikot

Comments

Zharif said…
Eeeii dorang ni celake tol.. padahal mmg saje dia wat camtu
FK said…
Betul, tak mo beli Sony

Popular Posts