Telur aku Pecah

Dua biji jer telur sebab satu dah makan

Salam, kawan kawan!!!!!!!!! Telur aku pecah, bukan 2 biji tapi 8 biji, hahaha. Bengang tul aku kali ini, baru jer beli, dah pecah. Dah beberapa kali aku mengalami nasib malang bila beli barang kat Jusco ni. Hari ni gak masa aku nak beli barang, jam aku tersangkut kat jeket, aku dok tarik gak sebab nak keluarkan duit, akhirnya putus talinya. Dah la aku sayang giler kat jam ni, masa tu guna duit gaji pertama, dah dekat 3 tahun pakai. Malas tul la nak beli jam baru. Sayang sangat jam tu.
Sebenarnya aku nak cerita pasal masalah yang selalu aku hadapi bila membeli barang kat pasaraya, kena tipu dengan label harga. Pernah ditipu? Jahat betul pemilik pasaraya kat Malaysia ni.

Perkara ni terjadi kat aku sekali lagi. Apa yang ditipu, telur la, macam tajuk post ni. Aku tetiba jer nak makan telur separuh masak lepas pegi gym. Habis jer gym terus aku turun gi Jusco, ambik 2 biji tomato skit ( aku suka makan tomato ) , buah limau sikit dan terus gi kat tempat jual telur. Belek punya belek, jumpala telurnya.

RM 3.40, 10 biji, jenama ok, semua ok, bungkusan ok, ni murah, ader vitamin E, kolestrol rendah. Ok, ambil. Aku dengan penuh ceria pergi ke kaunter pembayaran. Dah tambah-tambah, semua barang, cukup-cukup rm9.60. Masa pembayaran, dengan muka bangganya aku mengulur duit RM 10.00 sambil bersiul-siul kecil, tiba-tiba,

"En, RM 10,80, encik"

"Jusco saya dah expired saudari"

"Bukan, semuanya RM 10,80 Encik "

"Ohh, bukan pasal kad Jusco, Jap Jap, tadi saya kira, RM 9.60, macamana RM 10,80. Telur ni harga baper yek"

"RM 4.80"

"La, tadi kat sana RM 3.40, camna boleh jadi RM 4.80 ni"

"Saya dah scan, memang RM 4.80, encik salah tengok kot"

Kepala angguk ko, aku ambik kat tempat yang ada label RM 3.40 tadi. Emmmmmmmmmmm. Malas aku nak sambung pertengkaran manja dengan juruwang cun ni. Aku pun bayar saja. Masa tengah nak carik duit tambahan, jaket aku tersangkut kat jam, tak lepas-lepas, aku tarik lagi, tiba tiba............. Terpelanting jam aku, putus tali. Aduh. Malang sungguh, sabar-sabar khafiz. Lepas kutip jam aku yang dah nazak tu, aku pun bayar dan terus blah. Orang dok tengok, tapi bukan nak tolong kutipkan jam aku tu. Manusia oh manusia.

Jam aku putus talinya. Emmmmmmm.Sabar-sabar

Dengan perasaan kalut campur bengang campur marah, aku nak tukar plastik telur dengan beg kasut, tiba-tiba, aku terlepas dan sekali lagi, malang menimpa, plastik telur jatuh, dan terburai isi telur tu.

" Ya , Allah jatuh lak, aduhhhhhh"

Ni aku tambah kalut campur bengang campur marah. Geramnya. Dah kena tipu, jatuh lak, jam aku pun dah jatuh tadi. Aku terus blah, lantak lah, malas nak layan. Balik umah jer terus. Menbazir saja.

Balik umah, tengok-tengok, dari 10 biji, 3 biji jer tak pecah, aduh......Dah la jam aku putus, kena tipu, telur pecah, emmmmmmmm.......Tapi alhamdullilah aku ok. Ader orang lagi malang dari aku. Ini hanya ujian yang sangat2x kecil sajer. Kesimpulanya.lepas ni, kena lebih berhati-hati. Jangan tertipu, jangan kalut, jangan cepat marah, kena releksssssssssssssssssss. ok :)

Comments

ArnabGumuk said…
laaaaaaaa ye ker??kesian ko..aku pun pernah jugak alami kes mcm ko..tp bukan telur la.. sausage..aku beli banyak utk jual..harga dia sepeket rm2.20..aku ambil la 20pckt..alih2 kat kaunter harga dia rm2.90..spt biasa cashier tu ckp..'cik salah tengok harga'..n aku selamba je jawab..'mata aku tak buta lagi smpi tak dpt nak beza rm2.20 dgn rm2.90..sorry la..saya tak jadi beli sausage ni..tolong kira brg yg lain je..' senyap trus cashier tu..tpksa dia panggil pembantu dia utk hantar balik sausage tu kat fridge...hahahha!!!padan muka Survey
gidong said…
Lahhh ingatkan "telur" tu yang pecah cehhhh ... kalau telur tu yg pecah baru aku heran huahahahaha
Hahaha, Bro dani ni, pasal "telur" tu pulak.Huhuhuhu
zaffVader said…
sabor jer la.. ader orang ditimpa malang lagi la berbakul2

Popular Posts