Artis : Coldplay bakal bubar? Kipas susah nak mati, bersedia


Band rock terkenal, Coldplay, dilaporkan bakal berpecah tidak lama lagi. Khabarnya, vokalis band tersebut Chris Martin, sedang mempersiapkan diri untuk bergerak secara solo dalam kariernya sebagai penyanyi.

Menurut khabar angin yang sedang tersebar luas, band yang terkenal dengan lagu hit Yellow dan Viva La Vida ini, akan membuat album terakhir mereka yang akan dikeluarkan pada tahun 2009.

Mereka juga akan melakukan persembahan jelajah sebagai tanda perpisahan buat peminat yang selama ini memberikan sokongan.
Chris berkata kepada News of the World Inggris : "Saya sudah berumur 31 tahun sekarang, dan saya rasa kerjaya bersama band tidak akan mampu dilakukan bila sudah berusia 33 tahun. Jadi kami cuba untuk menghasilkan album sebanyak mungkin dan yang terakhir adalah sehingga tahun depan."

Satu sumber memberitahu bahawa Chris bukanlah jenis orang yang senang dengan keselesaan berada di dalam band. Dia sangat bangga dengan apa yang dilakukan Coldplay, namun dia ingin keluar saat mereka berada di puncak.

"Namanya menjadi lebih besar daripada bandnya sendiri. Jadi dia tahu dia akan memiliki kerjaya yang amat besar dengan hasil usahanya sendiri. Kerjaya solo adalah sesuatu yang selalu ingin dilakukannya."





Comments

Popular Posts