Cinta : Ertinya pada aku, engkau, dan semua

Cinta, apa agaknya rasanya, teingin sangat merasainya, ada orang cakap ramuan antara sayang, kasih, cemburu dan sebagainya. Hebat bukan cinta. Manusia sanggup buat apa saja demi cinta. Aku percaya pada pepatah " Cinta itu buta ". Walaupun aku tak pernah buta sebab cinta, tapi kadang - kadan teringin membutai diri kerana cinta. Sukar untuk mendapatkan cinta dan teringgin sangat mendapatnya. Orang kata cinta itu memabukkan, aku percaya walaupun tak pernah alami. Cinta itu indah, satu lagi unkapan yang cukup indah. Ada juga yang kata cinta itu gila, aku pun percaya. Tapi apa itu cinta sebanarnya.


Kalau ikut Dewan Bahasa Dan Pustaka, 

Cinta - 1. perasaan atau berperasaan sangat sayang kpd (negara, orang tua, kebebasan, dll): walaupun ~nya kpd keamanan amat kuat tetapi ia tetap mengangkat senjata kalau dicerobohi; 

2. perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: ~ kpd suaminya masih tinggal bersarang dlm hati; barangkali kau masih ~ pd tunanganmu;

3. sl perasaan atau berperasaan dukacita (risau, bimbang, sedih, dll): tiada terperikan ~nya serta bercucuran air matanya; 

4. perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu, rindu: putera raja itu amat sangat ~ akan burung yg dilihatnya itu;~ berahi telalu sangat cinta (asyik maksyuk); ~ kasih sangat cinta dan kasih (kasih sayang);cintakan cinta akan, mencintai;bercinta 

1. menaruh rasa cinta atau berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: elakkan drpd ~ sebelum lulus pelajaran; 

2. berasa rindu; 

3. ki berat rasa hati utk melakukan sesuatu (kerana sesuatu sebab yg kurang menyenangkan): kami sangat ~ utk pergi ke bank memandangkan lalu lintas yg sangat sesak;bercintakan 

1. menaruh cinta atau kasih kpd, berahi kpd: sbg laki-laki yg ~ seorang wanita, bagaimana jua pun setia wanita itu kepadanya, namun curiga hatinya akan timbul juga barang sedikit; 2. berperasaan rindu akan, ingin akan: ia ~ benda yg sukar diperoleh; 

3. sl berdukacita akan sesuatu, berasa sedih (pilu) hati akan sesuatu: tujuh hari baginda tiada nobat ~ Bendahara Seri Wak Raja; janganlah kakang emas ~ permintaan Ratu Dewi Kesuma Indera itu;bercinta-cintaan 

1. cinta-mencintai, berkasih-kasihan: baru hendak ~ dgn seorang perempuan, tiba-tiba ia diberi malu dan dihina; 

2. bercengkerama atau bercumbu-cumbuan (antara lelaki dan perempuan): sebelum hari malam, dia ~ dgn tunangannya;mencinta 1. menaruh cinta atau kasih (kpd); 

2. sl berdukacita (akan), bersedih hati, menyesal;mencintai 

1. mengasihi, menaruh cinta pd: ia ingin ~ dan dicintai; 

2. merindukan (hendak memperoleh sesuatu dll), mengharap-harapkan, menginginkan: tidak ada orang yg tak ~ duit;tercinta (yg) dicintai (dikasihi, disayangi): engkau pisahkan aku dr anakku yg ~;kecintaan 1. perasaan cinta, kasih, kesayangan: yg mempertalikan hati suami dan isteri itu ialah ~ yg diikat oleh kesetiaan; seluruh rakyat seharusnya menerima hakikat ini dan memberi sepenuh ~ kpd bahasa kebangsaan; 

2. yg dicintai (dikasihi), kekasih: pemuda ~nya bekerja sbg wartawan; 

3. sl kerinduan kesedihan, kebimbangan; 4. sl menanggung cinta (sedih dll);percintaan 1. perihal bercinta-cintaan atau berkasih sayang (antara laki-laki dan perempuan): kahwin itu ialah kemuncak ~;

2. sl perasaan dukacita (sedih, pilu, rindu, menyesal, dll), kesedihan, kesusahan: maka oleh bonda baginda kedua anakanda baginda, kedua-dua anakanda baginda dipeluk dicium, maka ~ bonda baginda pun hilanglah;pencinta orang yg meminati dan mencintai sesuatu: ~ sastera.

Panjang bukan maksudnya, begitu hebat maksud cinta sehingga makan beberapa baris untuk diterangkan. Apa erti cintapada aku, engkau, dan semua.

Comments

Popular Posts