Saturday, November 15, 2008

Dairi : Keraguan ini bukanlah padamu


"Keraguan ini bukanlah padamu
Perasaan hati masih rindu
Kekalutan ini hanyalah untukku"


Pernah tak dengar lirik ini? Cuba teka. Sapa peminat Anuar Zain mesti tahu. Ini adalah petikan dari lagu Perpisahan dari Anuar Zain, OST untuk filem Cinta. Aku suka sangat lagu ni, walaupun lagu ni lagu sedih. Melodi lagu ni mudah, lirik ringkas tapi puitis, tak belok kanan tak belok kiri. Terus saja. Paham.

Sebenarnya aku nak bincangkan 3 baris lirik lagu ni. Aku sungguh terkesan dengan lirik ni. Aku takdela tengah waktu berpisah dengan saper saper sekarang sebab masih single ( sape nak masuk meminang bagitau la). Tapi aku pernah putus la dengan seorang yang paling aku sayang. Namanya S****, takda jodoh. Aku terlalu rapuh masa tu.

Cerita pasal hal peribadi lak. Huhuhu. Tak sesuai langsung. Berbalik pada lirik lagu kat atas. Apa sebenarnya buat aku terkesan ialah baris pertama. Apa yang nak aku bagitau, keraguan dalam hubungan kasih sayang itu sebenarnya kita puncanya bila berlaku keretakan ( nak berpisah la ). Tapi pada realitinya kita asyik salahkan pasangan kita pada atas keraguaannya dan bukan atas keraguaan kita. Lagu ini mengajar aku, kita sebenarnya yang perlu ragu atas diri kita. Salahkan diri sendiri dahulu ( kalau nak berpisah ). Balik dan lihat semula diri kita. Apa yang kita dah buat salah pada dia.

Disambung pada pada baris ketiga. Kekalutan itu memang sangat sangat dari kita. Tapi ramai tak sedar sebenarnya. Bila berpisah, ramai salahkan pasangan. Tapi tak pernah tengok pada diri sendiri. Kenapa manusia macam tu. Akula salah seorang :(.






Untuk muat turun lahu ini, klik sini

4 comments:

aShaBuLz said...

huhu..perpisahan mengajar kita untuk lebih mengenali erti sebuah perhubungan.

pengalaman yang mendewasakan akan lebih mematangkan kita untuk lebih menjaga orang yang kita sayang itu..huhuhu

ArnabGumuk said...

amboiiiiii..tetiba jiwang plak budak ni..hehehe..pengalaman mengajar kita erti hidup sebenar.

Khapeace Khalead said...

Takdela jiwang cuma memang suka kat lagu ni, mostly lirik dia, pada ashabulz, tul tul,perpisahan mengajar kita untuk lebih mengenali erti sebuah perhubungan.

kami said...

ye KAMI setuju.. Lagi ni pun pernah menjadi favorite KAMI dulu.. hingga skrg pun