Dairi : Sabtu Ahad, masa untuk balas dendam

_

Salam, semua, dah 2 minggu aku keje pada hari sabtu dan ahad, jadi kali ni aku nak balas dendam, tidur, tidur tidur, sampai tahap cipan, selalunya aku sabtu n ahad memang akan jadi pemalas. Tak tahu kenapa, kaki macam kena gari kat katil. Kan best tiap tiap hari cuti, tak payah memeningkan kepala, tapi dapat duit juta-juta. Hahahaha. Apala aku mengarut ni. Macam tak betul dah. Gambar-gambar yang aku masukkan ni ialah gambar yang diambil masa keje pada sabtu n ahad, 2 minggu beb sabtu n ahad aku kena samun. Bulan 12 ni ader, bulan satu tahun depan pun ader. Arggggghh. Camner, dah keje namanya.
Gambar kat atas tu gambar kerja-kerja penukaran air filter. Tah, aku suke tengok gambar ni sebab nampak menarik. Sebenarnya, gambar tu ada tiga paras yang berbeza, tapi kalau tengok sekali pandang, nampak 2 ajer.
Gambar ni masa aku tengah dok bosan tunggu juruteknik tengah dok bertarung nak bukak DP Gauge yang tak boleh bukak-bukak, jadi aku ambil keputusan jalan-jalan cari angin kat keliling filter house ni. Nasib baik masa tu redup. Kesimpulan, kerja, kerja.

Comments

kami said…
wow! macam berat jerk keje khapeace tu.. tak per bile ade keikhlas dlm keje baru idup berkat
KAMI, terima kasi coz komen, emmmm........camner la nak aca KAMI punya blog ni?
aShaBuLz said…
huh.....dari gaya mcm kerja yg berbahaya jer....my2...

Popular Posts