Kesihatan : Hepatitis B


Hepatitis B merupakan sejenis penyakit kelamin. Virus hepatitis B (HBV) mengakibatkan keradangan hati yang teruk dan sangat mudah berjangkit. Kuman berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar.

Hepatitis B merujuk kepada keradangan pada hati dan disebabkan oleh virus Hepatitis B (HBV), ahli dalam keluarga virus Hepadna[1] dan merupakan salah satu dari beratus spesies virus yang tidak berkait yang menyebabkan hepatitis disebabkan virus. Ia pada asalnya digelar "hepatitis serum" dan merupakan wabak semasa di sebahagian Asia dan Afrika.[2] Hepatitis B diakui sebagai tempatan di China dan pelbagai kawasan di Asia.[3] Peratusan penduduk dunia masa kini yang dijangkiti virusini adalah 3 hingga 6%, tetapi sehingga satu pertiga telah terdedah kepadanya. Simptom penyakit akut (teruk dan berpanjangan) termasuk keradangan hati, muntah, demam kuning, dan jarang, kematian. Hepatitis B kronik mampu mengakibatkan cirrhosis hati yang mungkin membawa kepada barah hati, penyakit membawa maut yang sukar dirawat melalui khemotherapi masa kini.

Isi kandungan [sorok]
1 Bagaimana Hepatitis B merebak?
2 Tanda-tanda jangkitan
3 Jenis ujian yang boleh dilakukan
4 Rawatannya
5 Langkah pencegahan
5.1 Secara pasif
5.2 Secara aktif
6 Lihat juga
7 Pautan luar
[sunting]Bagaimana Hepatitis B merebak?

Virus Hepatitis B berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar. Ia adalah 100 kali lebih mudah dijangkiti daripada HIV. Penyakit boleh dikesan melalui ujian fungsi hati. Dalam kes-kes yang teruk, pesakit berhadapan dengan maut akibat kerosakan hati di mana sebahagian atau keseluruhan hati musnah. Penyakit hati yang kronik boleh membawa kepada cirrhosis dan barah hati, salah satu jenis barah yang paling kerap dihidapi di dunia.
Hepatitis ini merebak melalui jangkitan samada secara;

Virus ini dapat masuk ke dalam badan melalui salur darah jika pesakit menerima darah tercemar.

Boleh merebak melalui jangkitan seks kerana ia boleh hadir dalam air mani.

Merebak daripada si ibu kepada anak yang dikandungnya kerana virus ini melalui dinding uri.

Tanda-tanda jangkitan

Antara tanda-tanda atau keluhan mangsa adalah mual, muntah, cirit-birit, hilang selera makan, sakit kepala, kelemahan dan tidak suka pada rokok.
Kesan selepas satu atau dua minggu menyebabkan:
mangsa kelihatan kekuningan
kencing gelap
najis keputihan
hati membengkak

Jenis ujian yang boleh dilakukan

Ujian darah : HBsAg, HBeAg,HBsAb
Ujian lain-lain : Ujian fungsi hati, ujian najis dan uri dan lain-lain

Rawatannya

Masih kontroversi dari segi keberkesanannya. Namun beberapa pilihan seperti:
Steroid : (prednisolone)
Azathioprine
Interferon

Langkah pencegahan

Secara pasif
Jangan tercucuk jarum yang tidak selamat
Jangan lakukan seks dengan pembawa virus Hepatitis B
Beri ubat kepada anak di dalam kandungan ibu yang mengidap hepatitis B itu dan melahirkan anak secara pembedahan

Secara aktif
Pelalian boleh didapati di klinik kerajaan dan swasta pada kadar bayaran yang murah
3 kali suntikan, selamat secara umumnya
dapatkan booster selepas 5 tahun

Comments

Gidong said…
Pernah kena kan penyakit ni kuang kuang kuang kuang
FK said…
Apola bro dani, org berkongsi maklumat dia ckp mcm tu lak
aShaBuLz said…
hahahahaha....bahay penyakit nih..beringat sebelum kena..huhu

thanks 4 the info!!
kami said…
thank for info.. bagus btl .. leh memberi kesedaran..

Popular Posts