Kesihatan : Penyakit kelamin Chlamydia

_


Bahan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan kepada anda. Sekiranya anda menyedari simptom kesihatan atau jatuh sakit, anda perlu menghubungi doktor bagi rawatan lanjut.

Penyakit kelamin Chlamydia merupakan penyakit sebaran seksual yang paling biasa berlaku. Ia disebabkan oleh Chlamydia trachomatis, sejenis bakterium yang mampu merosakkan organ peranakan wanita. Disebabkan simptom chlamydia adalah serdahana atau tidak kelihatan, jangkitan teruk yang mampu menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan, termasuk menjadi mandul, boleh berlaku secara "senyap" sebelum anda sedari.

Chlamydia boleh berjangkit semasa hubungan seks faraj, dubur ataupun mulut. Penyakit ini juga boleh tersebar daripada ibu yang berjangkit kepada bayi yang baru lahir semasa kelahiran melalui saluran peranakan.

Sekitar 3 juta jangkitan chlamydia baru dianggarkan berlaku di Amerika Syarikat setiap tahun. Ia merupakan jangkitan penyakit kelamin yang disebabkan oleh bakteria yang paling biasa dilapurkan di Amerika Syarikat dan dipercayai lebih rendah daripada yang sebenar. Lebih kurang 650,000 kes dilapurkan pada tahun 1999, tiga suku daripadanya oleh mereka yang berusia bawah 25 tahun. Malah, pada usia 30 tahun, 50% daripada wanita yang aktif secara seksual terbukti pernah mengidap chlamydia.

Chlamydia dikenali sebagai penyakit "senyap" disebabkan sehingga 75% daripada pesakit wanita dan sehingga 50% daripada pesakit lelaki tidak menunjukkan simptom. Jangkitan ini seringkali tidak dikenalpasti atau dirawat sehingga timbul masaalah. Pada wanita, bakteria pada awalnya menyerang pangkal rahim (servik - bukaan kepada uterus) dan urethra atau saluran kencing. Sebilangan kecil wanita mengalami simptom lendiran faraj luar biasa atau rasa terbakar selepas kencing. Apabila jangkitan melarat sehingga tiub fallopian, sesetengah wanita masih tidak mempunyai simptom; sesetengah yang lain mengalami sakit bahagian bawah (lower abdominal), sakit bahagian belakang bawah, mual, demam, sakit semasa berjimak, dan pendarahan antara tempoh haid. Sekiranya jangkitan melarat melepasi pangkal rahim, kerosakan kekal yang tidak dapat dipulihkan boleh berlaku. Sekiranya terdapat simptom, ia biasanya selepas 1 hingga 3 minggu selepas jangkitan.

Chlamydia biasanya dikesan melalui dua jenis ujian makmal. Satu darinya membabitkan mengambil contoh daripada kawasan jangkitan (contoh., pangkal rahim) untuk mengesan bakterium secara langsung. Ujian lain yang terbaru boleh mengesan bakteria Chlamydia dengan tepat dalam contoh air kencing. (Ujian lumuran Pap tidak menguji kehadiran chlamydia!)

Wanita dan lelaki yang aktif secara seksual terdedah kepada jangkitan ketika hubungan kelamin dengan mereka yang berjangkit. Lebih ramai pasangan seks yang berhubung, lebih tinggi risikonya. Ibu yang mengandung boleh menjangkiti chlamydial kepada anaknya.

Chlamydial boleh dirawat dan sembuh dengan mudah dengan menggunakan antibiotik. Satu dos azithromycin atau 1 minggu rawatan doxycycline (dua kali sehari) biasanya paling kerap diberikan-dan kesemua pasangan seks perlu dirawat serentak. Bagaimanapun malu atau kejahilan menjadikan ia sukar dikesan dan lambat dirawat.

[sunting]Bagaimana mengelak jangkitan chlamydial

Penyakit kelamin Chlamydia boleh dielakkan dengan mengamalkan tabiat seksual yang selamat dan mendapatkan rawatan kesihatan yang baik.

(1) Guna kondom dengan sempurna setiap kali mengadakan hubungan kelamin, ingat bahawa kaedaan mengawal kehamilan seperti pil sahaja tidak melindungi daripada jangkitan penyakit kelamin. Ambil iktibar juga bahawa kondom tidak melindungi anda sepenuhnya daripada semua penyakit kelamin;
(2) Hadkan pasangan seksual, dan jangan bertukar pasangan;
(3) Jalani saringan chlamydia secara tahunan sekiranya anda aktif secara seksual dan tidak menggunakan kondom dengan betul sepenuhnya. Kesemua wanita yang mengandung perlu menjalani saringan chlamydia bagi mengelak ia tersebar kepada bayi anda.;
(4) Jika anda percaya anda dijangkiti, elakkan hubungan kelamin dan dapatkan rawatan dengan segera;
(5) Jika anda diberitahu anda dijangkiti, hubungi dan beritahu kesemua pasangan seksual anda dengan segera. Kesemua pasangan perlu dirawat secara serentak agar rawatan berkesan. Kegagalan mendapatkan rawatan membolehkan penyakit kelamin Chlamydia berjangkit semula dan mampu memandulkan pasangan lelaki atau wanita.


Comments

aShaBuLz said…
huhu..thanks for the info doc!!! ngeh3...

Popular Posts