Kesihatan : Perut buncit pendek umur ( Takutnyer )

LONDON: Satu kajian terbaru mendedahkan bahawa mereka yang berperut buncit dan mempunyai lemak berlebihan di sekeliling pinggang berdepan risiko dua kali ganda untuk mati pada usia muda. Kajian membabitkan 350,000 orang di seluruh Eropah dan disiarkan Jurnal Perubatan New England edisi terbaru itu menyatakan, lebihan lemak di bahagian perut menjejaskan kesihatan walaupun jika seseorang itu tidak dikategorikan gemuk dan mempunyai berat badan keseluruhan yang normal.
Ketua kajian dari Institut Pemakanan Manusia Jerman di Potsdam-Rehbrucke, Dr Tobias Pischon, berkata kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa risiko mati pada usia muda bukan saja berpunca daripada kegemukan semata-mata tetapi juga disebabkan masalah pengedaran lemak dalam badan.

"Lemak di bahagian perut bukan saja menyimpan tenaga, tetapi merangsang pengeluaran sejenis hormon dikenali cytokines yang menyumbang kepada serangan penyakit kronik," katanya. Beliau berkata, hasil kajian itu mencadangkan doktor agar mengira ukur lilit bahagian perut dan punggung pesakit, selain purata indeks jisim tubuh sebagai pemeriksaan asas yang mesti dilakukan ke atas pesakit. Perbandingan yang dibuat ke atas pesakit dengan indeks jisim tubuh sama, menunjukkan bahawa risiko mati pada usia muda meningkat apabila ukur lilit pinggang mereka semakin besar.








"Risiko mati muda meningkat dua kali ganda bagi mereka yang mempunyai perut buncit iaitu lebih ukur lilit pinggang melebihi 120 sentimeter bagi lelaki dan lebih 100 sentimeter bagi wanita, berbanding mereka yang mempunyai ukur lilir lebih kecil iaitu kurang daripada 80 sentimeter bagi lelaki dan kurang 65 sentimeter bagi wanita," katanya. Dr Pischon berkata, nisbah ukur lilit antara pinggang dengan punggung juga boleh menjadi penunjuk yang penting kepada keadaan kesihatan seseorang. "Nisbah yang lebih kecil antara pinggang dan punggung menunjukkan risiko kesihatan yang lebih rendah berbanding nisbah yang lebih besar antara kedua-duanya," kata beliau. – Agensi

Comments

aShaBuLz said…
huhu...rilek bro.

ajal maut d tangan Tuhan
Ajal maut memang di tangan Allah, tapi kesihatan kena jaga jugak :)

Popular Posts