Kesihatan : Rahsia titik keghairahan

SEBUT saja perkara mengenai hubungan seksual, tentu saja ia dikaitkan dengan pasangan suami isteri dalam menikmati keasyikan malam bersama.

Namun, apabila menyentuh mengenai rahsia titik keghairahan pasangan, hanya segelintir daripadanya sahaja yang mendapatkan kepuasan daripada aktiviti di ranjang itu.

Memetik kata-kata menerusi buku The 4 Secrets of Amazing Sex, hasil penulisan dua pakar terapi seksual, Georgia Foster dan Beverly Anne Foster, bercinta bukan sahaja melibatkan anggota fizikal seseorang malah pemikiran yang kreatif.

"Untuk mendapatkan kenikmatan seks yang dahsyat, fikiran anda juga seharusnya perlu bekerja keras. "Justeru, untuk membangkitkan suasana penuh romantis dan syahdu itu, ia seharusnya dinikmati oleh kedua-dua belah pihak.

Oleh itu, ikuti titik rahsia dalam merencanakan kehidupan bercinta kamu dan si dia.

Rayuan cinta

Lupakan dahulu ritual bercinta yang kebiasaannya akan menimbulkan kebosanan. Kini, sudah tiba masanya kamu mengeksplorasikan daya imaginasi.

"Ramai pasangan mengganggap godaan atau rayuan sebelum melayari keasyikan bersama amat penting untuk membuatkan mereka berasa seksi, padahal itu bukanlah satu kemestian," kata Foster.

Oleh itu, bangkitkan rasa ghairah dalam fikiran kamu, jangan menyerahkan sebulat-bulat urusan itu kepada pasangan. Apabila pemikiran kita sudah jauh berimaginasi, sudah tentunya titik ghairah menjadi semakin memuncak.

Sensasi seksual

Selongkar titik keghairahan seks pasangan dengan kuasa psikik atau deria keenam. Ia merujuk kepada keupayaan untuk berhubung dengan sesuatu melebihi apa yang boleh ditafsirkan oleh deria fizikal.

Serap tenaga dalaman kamu dan pasangan menerusi sentuhan, kedengaran, rasa dan ciuman untuk mencapai sensasi seksual itu.

Sekiranya tidak dilatih dari awal, lama-kelamaan deria itu akan menjadi tumpul. Apatah lagi apabila berhadapan dengan bebanan kerja yang banyak.

Sekiranya tidak mengaplikasikan deria ini, acara bercinta akan menjadi hambar. Justeru, kamu seharusnya berlatih merencanakan deria keenam agar ia menjadi semakin sensitif saat menempuh gelombang keghairahan.

Apabila berjaya mencapai sensasinya, kamu akan merasakannya dari hujung kepala hingga hujung kaki, sekali gus meningkatkan kenikmatan seksual.

Pasrah

Usah melemparkan perasaan pasrah dan menyerahkan diri kepada pasangan saat berhubungan intim. Ini kerana, ia akan melenturkan kemuncak seks bersama. Oleh itu, setelah selesai memberi isyarat ghairah kepada pasangan, kini fikiran kamu pula sudah bersedia untuk disegarkan.

Gambaran semalam

Setelah puas menikmati keasyikan malam di ranjang, berkat ketiga-tiga langkah di atas, kini tibalah masanya kamu berdua melakukan refleksi atau gambaran semalam.
Mengimbas pengalaman yang dititipkan bersama, membuatkan kamu tidak sabar menanti malam seterusnya


Comments

Popular Posts