Info : Lagi produk biskut ada melamin

BANGKOK – Pihak berkuasa kesihatan Thailand menarik satu produk biskut keluaran Malaysia daripada beberapa rak selepas dikenal pasti kandungan melamin yang berlebihan, kata beberapa pegawai semalam.

Pihak Pentadbiran Dadah dan Makanan Thailand (FDA) berkata, ia menemui 6.08 miligram melamin dalam biskut Omodo di mana kandungannya 2.5 miligram lebih tinggi daripada yang dibenarkan.

Pihak berkuasa FDA di Narathiwat dengan segera mengharamkan penjualan produk tersebut sehingga mereka mengenal pasti keselamatan produk itu jika dimakan.

Melamin menjadi punca utama berhubung pencemaran produk dalam beberapa minggu kebelakangan ini di China

Comments

Popular Posts