Saturday, November 1, 2008

Politik : Berwarna-warni, tapi banyak guna warna-warna gelap

Salam, semua, harap semua dalam keadaan sihat. Seperti aku keletihan hari sebab samalam pegi jalan-jalan. Cuma kali ni 2.30 pagi dah balik sebab letih. Siang tadi keja dan lewat petang pegi gym, Sekarang aku berada dalam bilik dokumen dekat tempat kerja. 


Sejak akhir-akhir ini terlalu banyak pergolakan sketsa politik di Malaysia. Ada yang masam, manis, busuk, hanyir. Kadang-kadang sampai meluat atas apa yang terjadi sekarang ini. Adakah rakyat Malaysia masih bodoh dalam melihat, mendengar, membaca? Sesetengah pihak kadang-kadang terlalu bangang untuk menonjol idea pelik baik mengekalkan kekuasaan.  Kesannya jelas sangat pada piliharanya lepas. Tek boleh pikir ker. Idea dah lapuk.



Kes Anwar meliwat Saipul pun meluat aku dengar. Bosanla. Macam takda idea lain. Idea tu dah busuk, bukan tahap klise lagi, ini tahap menghampakan. Busuk. Idea Anwar untuk rampas Malaysia agak kagum la, tapi apa dah jadi. Semuanya hanya impian kabur yang langsung takde penghujungnya. Takut juga masa Anwar nak ambik alih, apa tah jadi lepas tu. Malaysia ni tak besar, pusing, sampai Perlis, sampai Johor, seberang skit Pulau Pinang, Sabah. Jadi janganla nak jadikan Malaysia ni tambah berserabut.

Kes Altunya dengan Razak Banginda dah habis. Keputusan pun dah tahu. Malas nak komen apa-apa. Takut kena masuk ISA. Tapi aku terkejut juga, sebenarnya ISA diwujudkan untuk hal-hal berkaitan komunis, tapi kenapa masih digunakan sekarang untuk urusan macam sekarang. Pelik tapi benar. Jadi sekarang ini, cuma nak tunggu, lepas ni apala pulak kisahnya yang sensasi akan keluar. Tak semua benda kebetulan, betul tak. Paham-pahamla.




Kes Hindraf pun satu lagi kes sensasi yang megelirukan banyak pihak. Bukan nak sokong Hindraf tapi aku keliru gak.kan Sampai sekarang aku masih tak jelas apa yang diperjuang oleh Hindraf, sebabnya sampai sekarang aku tak dapat baca memo yang diorang tulis untuk tuntut dari pemerintah. Rasanya tak salah kalau kita kongsi ramai-ramai pasal isi ni. Orang India, rakyak Malaysia juga. Kalau salah kita betulkan, kalau betul, kita betulkan. Jangan dok putar alam.

Peralihan kuasa sekarang macam cerita hebat sekarang, masih nak beralih, tapi ada yang degil taknak beralih. A nak ke B, B taknak beralih. C tiba-tiba jer nak bertanding untuk ambik alih, D malas nak layan, E dok susah hati nak beralih ke, taknak beralih. F awal awal dah kena alih,  yang 1, 2, 3, 4 dan seterusnya, menganguk ikut sapa yang beralih. Jadi kita tunggu saja la.




Kes Raja Petra sejak akhir-akhir sungguh menganggu penulis-penulis blog di Malaysia amnya tapi memberi impak kepada pangamal penulis bebas di seluruh dunia. Ketika Malaysia dicemuh dunia atas penahan Raja Petra, media Malaysia terus membunuh Raja Petra atas kesalahan penulisanya yang tak lagi terbukti fakta atau auta. Bosan aku dengan media di Malaysia, bebas dari sangkar tapi terperangkap dalam kelambu. 

Sesungguhnya, politik Malaysia ni terlalu berwarna-warni, tapi banyak guna warna-warna gelap, kalau pun ader warna-warna terang, mesti tak jelas warnanya. Saja ajer nak komen benda benda ni. Seronok bukan.

No comments: