Dairi : Catatan dari Tepi Penjara Pudu

Photo Flipbook Slideshow Maker


Salam semua, ari sabtu tu gi jejalan kat KL jap. Tengok tengok je la, gaji lambat lagi. Gambar kat atas tu susunan gambar kat Penjara Pudu. Tapi gambar tak berapa ok sebab senget senget dan telefon buat hal. Aku tak pernah masuk lagi Penjara Pudu ni tapi macam teringin jer nak masuk. Boleh masuk lagi ker? Nah, aku bagi info sikit pasal Penjara Pudu ni. Baca la.k

Penjara Pudu di Kuala Lumpur dibina semasa zaman penjajahan British pada 1891 untuk mengurungkan 600 orang banduan.

Blok-blok baru kemudian ditambah sehingga enam buah dan mengandungi 130 buah sel dengan kapasiti untuk sebanyak 2,000 banduan. Walaupun begitu, pada 1985, lebih daripada 6,500 banduan dipenjarakan dan menyebabkan banduan terpaksa tidur bergilir-gilir. Keadaan kekurangan ruang yang amat pesat itu telah memaksakan Penjara Pudu berpindah.

Penjara Pudu dibuka kepada orang awam untuk lawatan pada 3 Mei 1997, lebih daripada enam bulan selepas banduan terakhir dipindah keluar ke kemudahan moden di Penjara Sungai Buloh. Lebih daripada RM1.7 juta dibelanja bagi mengubah penjara ini menjadi tarikan pelancong. Sebahagian besar perbelanjaan itu ditelani oleh pembinaan bilik pameran untuk memperagakan koleksi memorabilia dan rekod-rekod sejarah. Yuran masuk ditetap pada RM12 setiap orang dewasa.








Comments

aShaBuLz said…
nak masuk penjara pudu? huhu....bleh kot. kene request kat warden penjara...

p/s: ada lagi ker warden penjara kat ctu? ada kan...hoho
FK said…
Tak tahulah, tak masuk pun.

Popular Posts