Semasa : Kisah Obama, UMNO, Abby,minyak dan banjir

Salam kawan-kawan. Emmmm. Letih la sejak akhir akhir ni. Tak tahu napa. Mungkin aku asyik dok kursus kot. Sepanjang minggu ni sampai minggu depan pun ade kursus. semua beza-beza. Sekarang musim kursus kat tempat keje aku ni. Bosan pun ada gak. Kat tempat aku ni pun hujan balik bila petang-petang. Emmmm.

Asyik emmm je aku kali ni. Kali takda apa yang kursus untuk aku kongsikan. Mungkin tulisan kosong. Apa apa pun aku nak ucap terima kasih pada sesiapa yang mengkomen, beri idea. Seronok. Terima kasih sekali lagi.

Mungkin cerita yang masih hangat sekarang ialah cerita pemilihan Barrack Obama untuk menerajui negara haru biru sekarang, US. Dilahirkan di Ilinois, bekas pelajar undang-undang Harvard, akan menjadi president kulit hitam pertama US pada Januari 2009. Tapi pada pendapat aku, pelik bukan Obama menang? Cuba fikir-fikirkan, bukan nak menidakkan keupayaan Obama tapi agak aneh, kulit hitam dengan dasar ketaksuban US pada mereka bukan berwarna putih dan bukan Yahudi.

Adakah ini permainan US/Yahudi, petikan dari Tranungkite Online,

"Adakah Obama dipengaruhi oleh Israel? Pertama, Obama memakai Yarmulke, lebai orang Yahudi. Yang kedua, hanya orang Yahudi sahaja dibenarkan mendampingi Master Jew. Mengapa Obama mendapat keistimewaan sebegitu? Yang ketiga, Obama sedang melakukan ritual Yahudi pada dinding Monument Jew."

Cuba fikir-fikirkan. Tnggu dan lihat sahaja selepas ini.

Balik negara kita, pemilihan UMNO masih menjdai pilihan media untuk diletakkan muka depan walaupun dah naik muntah membacanya. Macam-macam cerita ada. Tapi yang paling aku sangsi, cuba rujuk atas posting Politik : Dialog dengan pelobi , macam rasuah tu sangat berluas-luasa. Tapi takde sapa pun kena tangkap? Takkan pokok bergoyang kalau takde angin, takpun ada la yang mengegarkan tu. UMNO, UMNO, bila la nak selesai ni.

Kes kantoi Norman dan tuntutan penceraian Abby pun satu kisah busuk yang hangat tahi ayam. Dah takde cerita lain ker. Tapi seronok gak baca. Hahahaha. Naik kelakar lak. Lantak korang lak. Di ambil dari http://norfa08.wordpress.com/.

"AKHIRNYA gosip bertukar menjadi cerita benar. Selepas membuat penafian demi penafian dan meminta bukti mengenai dakwaan beliau kononnya bersikap curang terhadap isteri, akhirnya bintang drama kepolisan Gerak Khas, Norman Hakim ditangkap atas tuduhan berkhalwat dengan aktres remaja yang mula dikenali menerusi drama terbitan Skop Productions, Pasrah iaitu Suhaiza Suhaimi atau Memey, 20, pada awal pagi Khamis lalu di Ukay Perdana, Hulu Klang, Selangor."

Selain tu, harga minyak pun dah turun dan harga beras juga akan turun. Alhamdullilah. Tapi kalau ikut kajian yang dibuat dah pernah disiarkan dalam post sebelum ni Semasa : Harga petrol wajar bawah RM1.62 seliter - Kerajaan, apa lagi ni, nak tangguh-tangguh !!!!!!!!! , minyak boleh turun sehingga RM 1.64 seliter. Petikan dari KOSMO;

"KUALA LUMPUR – Kerajaan wajar menurunkan harga minyak petrol ke paras RM1.62 seliter berikutan trend penurunan harga minyak dunia semasa yang kini berada pada paras AS$64.10 setong "

Keadaan banjir yang semakin teruk dibeberapa tempat perlu menjadi kepentingan pada kerajaan untuk bertindak. Jangan dok pikir benda lain. Aras yang sudah meningkat dibeberapa buah negiri patut diberi perhatian. Cuma nak bagi cadangan, asyik do banjir tiap tiap tahun, takkan takde "preventive action" ( omputih skit )kot. Takkan tiap-taip tahun nak tunggu jer banjir. Berjuta habis dah.

Kesimpulannya, tepuk dada, tanya akal :)





Comments

Gidong said…
wah wah wah banyaknya kisah yg kena update d sini yer lalalalala
FK said…
Biasala, fiz nak tukar kejaya pasni, update blog jer.
aShaBuLz said…
hurm...

rasanya kes abby ngan norman tu...cian kat abby. rasa nak bagi penyepak la plak kan kat norman..haha

sy rasa nanti harga minyak akan turun juga ke rm1.64/1.62 tapi bukan dlm masa terdekat.

melihat kpd kestabilan ekonomi dunia..sbb Malaysia perlu menstabilkan dlu kewangan negara berikutan ada ura2 akan berlaku krisis kewangan tahun depan kan..

huhu. mcm penganalisis la plak..haha

Popular Posts