Wednesday, December 24, 2008

Dairi : Celoteh takde point,huhuhuhu

Salam semua, harap semua sihat walafiat, pada mereka yang beragama Christian, selamat menyambut hari Natal. Bangun pagi, badan-badan aku sakit semacam aje, mungkin letih dari hari ahad ari tu masih terasa,  dah beberapa hari aku tidur lewat, bangkit awal sebab keje. Ingat nak cuti jumaat 26 tapi ada banyak je lak, 1/1/09 pun aku keja gak, emmm, penatla.

Cuti ni aku kena siapkan jadual outage, barang-barang kena check, defects kena clarify bagi ok, banyak lagi keje, takut tak sempat, kalau tak sempat, serabut la aku dibuatnya kali ni. 10 hari masa outage, 1-10/1/09, sepanjang masa tu, mesti tidur lambat , kena bangkit awal buat keje kat sana. Emmmm......

Tapi sekarang badan aku memang lenguh lenguh, macam nak demam, mintak okla. Tak larat la kalau demam ni. Sekarang musim hujan+panas, so, semua kena hati-hati la.k

Takde apa yang nak aku celotehkan, hari ni kawan aku kawin, Amli, selamat pengantin baru, cuma aku mungkin tak dapat datang sebab masuk ofis (sebenarnya aku malas nak datang, huhuhuhu, teruk tak). Pada kekawan yang datang kirim salam kat dia.

Oklah, aku nak baring jap, badan aku rasa sengal-sengal la, kenapa? tak tahu la. Selamat bercuti.k :)

1 comment:

kami said...

Tak per khafiz banyak2 bersabo. Keje tu satu ibadah.. nanti kalau semua nyer dah selesai amik la cuti pjg cikit rehat kan badan. G la mana2