Dairi : Couple VS Single - Emmmmm bosannya jadi single

Seronok tul aku dengar lagu Aizat yang tajuknyer " Lagu Kita" Bagus betul melodi, lirik sangat simple tapi senang mendengar. Bile dengar banyak kali, terdetik dalam hati aku ni, bila la nak berpunya. asyik single sajer. Bosan juga. Ya, sekarang masih tercari-cari ihsan sempurna untuk diri aku. Hahahaha, jiwang pulak aku ni.

Tapi memang serius. Umur dah 25 tahun, rasanya dah merancang tapi aku apa pun takdala. Terima Kasih pada keajaiban cinta yang menarik manusia untuk mendekatinya dan mengingat pada injak usia. Kesempatan macam nilah orang mcm aku ni mula kena fikir masa depan. Tak boleh nak enjoy saja. Seronok tengok orang bercouple ni.Huhuhuhuhuhu. Single lama-lama pun bosan gak akhirnya.

Memang la lain antara couple vs single. Bagi aku, dah lama dah single sgt, emmmm, bosan lah kot, tapi yang dah lama yang dah couple, mungkin rasa bosan gak kalau ikatan tak sekukuh mana. Pengalaman single memang tak best, rasanya yang pernah dan sedang menghadapinya, tahu kot. :)
Emmm..... Tahla, sejak akhir-akhir ni aku rasa seronok lak nak dukung bayi. Gian kot. Tapi ada maknanya tu. Kata org tua tua, dah sampai seru. Masa aku balik kampung, ramai sedara mara dah tanya pasal status, bila la aku nak kahwin. Bila aku ckp pasal tak cukup duit, ramai ckp, org takda duit pun boleh kahwin. Huhuhuhhu. Sebenarnya takde calon lagi. Tu sebenarnya. Ramai kata baya-baya aku ni tengah darah muda, baik kahwin cepat, nanti air naik kepala, ada pecah lak.

Aku baru dapat anak buah lagi, namanya Mikail, sedap nama tu. Sepupu dah sampai 5 dah anaknya. Aku memang suka pada budak-budak dan budak-budak pun suka aku. Tapi masa balik kampung tu aku tak sempat pun nak dukung Mikail sebab demam, takut menjangkitlak. Bayikan sensetif. Bila ingat-ingat balik, bestnya dah ada anakkan. Mesti comel. Hahahaha.

Seronok bukan kalau hidup ni berteman, menjadi rakan sehidup semati, berkeluarga. Tapi yang menentukan semua itu ALLAH. Kita boleh berusaha dan berdoa agar dapat diberikan yang terbaik.

Pada kawan-kawan, adaikan anda sampai serunnya, meh, jom kita dirikan masjid.hihihihihihi.
Deras hatiku berdetar
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam,teman kita
Dengan angin meniup sayu
Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya
Dan aku terus,Menyanyi lagu ini untukmu,
Walau berjuta mendengar,
Lagu ini hanya untukmu,
Arah hidup kita,
Digambar bintang di angkasa
Dan berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita

Comments

aShaBuLz said…
feewit!! lelong lelong...sapa nak usha mamat ni? cian dia...huhu~

rilek bro...jodoh tak ke mana tapi kene usaha cari...ngeh3...
gidong said…
kawinnnn lah cepat hehehe .. jemputan jgn lupa ..
huuhuhuhuhu,sajer jer, muda lg la,baru 25
SOGOH said…
khapeace...relax...on the way lah ...kikik..pejam celik2 dah depan mata ...kan
kami said…
KAMI pun sokong.. tapi kalau nak nak wat kenduri tu jgn lupa jemput KAMI.. nak gak rasa nasi minyak ngan ayam masak merah.. emmm sedap nyer
Nak kawin, tapi tak de calon, camner tu ???? Pada KAMI, insyaallah jemput, Pada SOGOH, tolong carikan , hihihihi, Sabahan pun ok
Shah said…
Tapi kalau yang dah bercouple pun tetap macam orang single jugak cemana yer? Hehehe....
Pada Shah, tu namanya GATAL huhuhuhuh

Popular Posts