Friday, December 12, 2008

Dairi : Kena Keja Lagi Hujung Minggu ni , emmmmmmmm


Salam semua, emmm, bosannya aku kalau hari sabtu n ahad kena datang keje, ader outage kat tempat keje aku ni, bosan gak, naper la. Hahahahaha. Ni kes takde keje la ni bila aku mula menaip ni. Bila aku bukak balik kat google untuk check traffik blog, aku, emmmm.....menurun gile sejak aku sakit, dulu boleh jejak 4 angka, sekarang ni jatuh merudum, mungkin aku dah lama tak post kot citer-citer menarik, demam kan.

Jadi, sabtu dan ahad ni akan aku abadikan masa aku kat plant aku ni, huhuhuhuhu. Abis nak buat camner, keje banyak, pastu nanti kursus-kursus ajer memanjang, kalau best kursus tu tak pe, nak muntah dah dengar, masuk telingga pun kadang-kadang tak masuk. Banyak sangat sampai kerja tertangguh la.

Gambar kat atas tu, staf aku tengah angkat HP feed 2A motor, aper tu, takpela, tgk je la gambar tu. Kesimpulannya sejenis motor la. huhuhuhuhu. Kali ni keje agak serabut sebab ada staf yang masih sambung cuti cuti Malaysia. Abis panjang sangat cuti, orang pun dok sambung-sambung, lagi memasing nak abiskan cuti yang banyak lagi tak dihabiskan.

Oklah, kekawan, ingat nak gi melahap (makan) jap huhuhu. Jaga diri baik-baik semua, cuaca sekarang tak menentu, cpt dapat demam. Salam blog,ok.

No comments: