DAiri : Terima Kasih Kawan - Kawan - Mcm dah sihat :)

Salam, kekawan, emmm, lamanya tak tulis post ni, last sekali minggu lepas. Bukan aper, demam panas aritu datang balik, ingat dah ok, tapi malam rabu tu datang , mengigil lagi la satu badan, mak dengan ayah dah riuh suruh gi berubat kampung, yelah, dah lama sangat demam, kesian kat aku, huhuhuhu.

Sakarang alhamdullilah, dah sihat sepenuhnya ( agaknya kot ), mintak-mintakla. Macam dah ok, tapi still berhati-hati sebab takut datang balik la pulak. Sempena dah ok ni, aku n housemate, gi habiskan duit dengan makan-makan-makan, selera aku dah datang balik dah, okla tu. Akunyer berat badan turun melampau, orang ckp aku diet terlebih, tapi sebenarnya aku tak lalu makan, pipi pun dah tak tembab lagi, huhuhuhu.

Aku nak ucapkan terima kasih pada semua rakan cyber yang tak abis-abis bagi aku wish cpt sembuh, ada yang ada no tu, thanks for SMS, ada bagi YM ( penuh offline msg - 8 hari genap tak bukak YM :(, ) pastu ada yang email dan last sekali yang bagi wish kat sini, terima kasih semua. 

Teringin gak nak buat gathering kawan-kawan satu blog ni, asyik komen jer dalam blog tapi macam tak pernah jumpa, macamnana agak semua orang kat sana tu. Oklah, dah pukul 2 pagi ni, nak tidur la. Sekali lagi kekawan. Terima Kasih.

Comments

Popular Posts