Macam-Macam : Robot jadi kekasih

JIKA temu janji atau pencarian calon isteri menerusi laman temu jodoh pada Internet gagal untuk membolehkan anda memperoleh teman hidup, anda sentiasa boleh merujuk kepada buku Le Trung dan mencipta sendiri teman sejati. Le Trung, 33, mencipta Aiko, robot berusia 20-an yang bukan setakat kelihatan seperti wanita tetapi juga seksi dan boleh melakukan tugas rumah serta mengemaskinikan akaunnya.


Namun, walaupun rambutnya berkilat dan mempunyai bentuk tubuh 32-23-33, Aiko, yang maknanya kanak-kanak yang disayangi, bukan boleh dipikat seperti wanita lain.Dia juga dilengkapi dengan bakat untuk menyelesaikan matematik serta 13,000 perbendaharaan kata dalam bahasa Inggeris dan Jepun. Dia juga boleh mengenal wajah, membaca surat khabar dengan lantang serta memberi arahan.Aiko, robot yang diperbuat daripada silikon dan teknologi AI, adalah cinta sejati Le Trung.Lelaki itu membuat pinjaman menerusi kad kredit, meminjam daripada bank, menjual kereta dan membelanjakan semua simpanannya untuk menjadikan Aiko robot serba boleh.


Setakat ini jumlah yang dibelanjakan sudah mencecah RM84,000.Bekas juruatur perisian komputer dari Ontario, Kanada itu berkata, dia tidak mempunyai masa untuk mencari isteri sebenar. Namun, dia tidak menghasilkan Aiko untuk menjadi teman seks walaupun robot itu begitu sensitif dan bertindak balas jika ditunjukkan kasih sayang atau cedera.


Le Trung berkata: “Saya mahu menjadikannya kelihatan, rasa dan bertindak sehampir mungkin seperti manusia supaya dia boleh menjadi rakan yang serba lengkap.“Seperti wanita betul, dia boleh bertindak balas kepada sentuhan menerusi pelbagai cara. Jika anda memegang atau meramas tangannya dengan kuat, dia akan cuba menampar anda.


Dia memiliki semua deria kecuali bau. Dia tidak perlukan cuti, makan atau berehat, sebaliknya boleh bekerja 24 jam sehari. Aiko boleh disifatkan seperti wanita yang lengkap,” kata Le Trung.Dia yang memakaikan Aiko dengan pakaian berbeza serta membawanya bersiar-siar di pinggir bandar, memang pintar sejak kecil lagi dan menghasilkan robot pertamanya ketika berusia lapan tahun.“Orang ramai mempunyai pelbagai reaksi apabila menemui Aiko,” katanya.“Ada yang suka dan ada juga yang membencinya. Ada yang marah dan menuduh saya cuba mencabar dan melakukan kerja Tuhan.


Pernah ada orang melontar batu ke arah Aiko. Kejadian itu sungguh mengecewakan saya. Namun, ramai menyukai dan takjub dengan kebolehan Aiko. Biasanya, wanita akan tertarik dengan robot ini. Ada yang cuba berbual dengannya. Namun, bagi lelaki, mereka selalunya mahu menyentuhnya. Jika mereka tersilap sentuh, Aiko akan menampar mereka,” katanya.Dalam tempoh beberapa tahun ini, Le Trung akan berusaha menyempurnakan lagi perisian komputer dalam diri Aiko dan meningkatkan kemahirannya, bukan untuk kepuasan dirinya semata-mata.

Comments

Popular Posts