Mekanik : Honda Civic turun harga - kereta aku

HONDA Malaysia Sdn Bhd mengumumkan harga baru jentera hibrid, Honda Civic diturunkan sekitar RM125,000 hingga RM130,000 selepas mengambil kira pengecualian duti import dan eksais sebanyak 150 peratus.Penurunan itu sejajar dengan pengumuman yang dibuat dalam Bajet 2009 lalu yang membolehkan pengecualian cukai terhadap kenderaan Hibrid bawah 2,000cc yang diimport sepenuhnya (CBU).


Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Sdn Bhd, Atsushi Fujimoto, penurunan harga itu memberi reaksi positif terhadap pasaran model hibrid yang diakui menjimatkan minyak dan mesra alam."Dengan pengenalan harga baru ini, kami menjangka jualan Honda Civic Hibrid akan meningkat kepada 30 unit sebulan berbanding sasaran awal hanya lima unit bagi tempoh sama sebelum ini.


"Secara amnya, permintaan bagi model Civic Hibrid semakin meningkat di seluruh dunia dan pengeluar, Honda Motor Co Ltd di Jepun sentiasa berusaha meningkatkan lagi pengeluaran model berkenaan sebagai mengimbangi permintaan tinggi jentera terbabit," katanya.Katanya, pelanggan yang menempah model berkenaan akan memperolehi kenderaan itu pada Februari tahun hadapan dan harga terbaru akan diumumkan sebaik sahaja kumpulan unit pertama Civic Hibrid itu tiba tahun depan.


"Kami percaya, harga baru itu akan membantu masyarakat negara ini lebih bertanggungjawab terhadap persekitaran selain penggunaan minyak yang paling minimum iaitu sekitar 31 kilometer bagi setiap liter minyak."Hibrid diakui lebih menjimatkan daripada mana-mana enjin konvensional biasa lain," katanya.Sebagai pengasas kepada pengenalan teknologi hibrid di negara ini, Honda Malaysia Sdn Bhd akan meneruskan kempen mesra alam dan mengurangkan pergantungan terhadap sumber bahan api fosil dunia yang semakin berkurangan.


Terdahulu, Civic Hybrid hanya menggunakan enjin 1.3 liter i-VTEC tiga peringkat sebagai sumber kuasa utama manakala bergantung juga kepada teknologi IMA atau 'Integrated Motor Assist' sebagai sumber kuasa kedua.Honda Civic Hybrid dijana enjin empat silinder SOHC i-VTEC dengan kuasa maksimum sehingga 70kW pada 6,000 rpm (enjin) dan 15kW pada 2000 rpm (motor).Tork maksimum yang dicatatkan adalah 123Nm pada 4600 rpm (enjin) dan 103 pada 0-1160 rpm (motor).Jentera mesra alam ini menggunakan transmisi CVT dengan Grade Logic Control yang pada awalnya dijual sekitar RM 162, 000 termasuk insuran.

Comments

Zharif said…
hohoh lepas ni semakin ramai la pengguna VTEC dijalan raya
FK said…
Lama tak dtg blog fiz, sibuk yek. Pasal Honda Civiv, doakan la aku dapat beli, cewah....meh menabng kat aku bagi aku beli.
FK said…
Lama tak dtg blog fiz, sibuk yek. Pasal Honda Civiv, doakan la aku dapat beli, cewah....meh menabng kat aku bagi aku beli.
FK said…
Lama tak dtg blog fiz, sibuk yek. Pasal Honda Civiv, doakan la aku dapat beli, cewah....meh menabng kat aku bagi aku beli.

Popular Posts