Mekanik : Subaru, Impreza WRX STi



PELANCARAN model terkini Subaru, Impreza WRX STi oleh Motor Image Sdn Bhd, baru-baru ini, dijangka mampu meningkatkan permintaan sehingga 100 unit bagi kenderaan terbabit dalam masa setahun.Model yang cukup gagah meredah sebarang laluan lasak dalam Kejuaraan Rali Dunia (WRC) dijangka mendapat sambutan hangat peminat jentera berprestasi tinggi di negara ini.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Glenn Tan, Subaru memiliki pasaran tersendiri untuk memasarkan kenderaannya.“Walaupun ia mempunyai sasaran pasaran yang tidak bersifat umum, kami tetap yakin model ini dapat menarik perhatian peminat setia kenderaan bertaraf rali,” katanya.Turut hadir pada majlis pelancaran berkenaan ialah Pengurus Besar Motor Image, John Lim.Impreza WRX STi dijana enjin Boxer 2.5 liter DOHC berkuasa turbo mendapat talaan khas sebagai persediaan beraksi di jalan raya mahupun ketika menyertai perlumbaan.Enjin terbaru itu berupaya menghasilkan 407Nm tork pada 4000rpm manakala kuasa maksimum setinggi 300PS pada 6,000rpm.


Jentera itu turut dilengkapi dengan teknologi SI Drive, dwi sistem kawalan injap aktif (Dwi AVCS), bezaan pusat kawalan pemandu (DCCD) dan kawalan dinamik kenderaan (VDC).Didatangkan dengan transmisi manual enam kelajuan, pemandu boleh menggunakan SI Drive dengan memilih mod pemanduan pintar, perlumbaan atau perlumbaan sengit.Daripada sudut luaran, jentera terbaru itu didatangkan dengan pemecah angin belakang lebih besar, bampar hadapan lebih melengkung bagi mengurangi daya angkutan angin.


Ia turut dilengkapi ciri keselamatan seperti beg udara berkembar, sistem brek daripada Brembo, Super Sport ABS dan EBD.Berharga RM 298,035.20 termasuk insurans, sebanyak empat warna pilihan ditawarkan iaitu putih, perak metalik, kelabu dan biru mica.

Comments

Zharif said…
RM 298,035.20 !!! dem~
baik beli evo X lagi kalau harga camtu hahaks
FK said…
Aku rasa pun baik beli Evo, tak pun Civic type r
FK said…
Aku rasa pun baik beli Evo, tak pun Civic type r

Popular Posts