Saturday, December 13, 2008

Sinema : The Day the Earth Stood Still - OK



Salam semua, aku baru saje menonton cerita The Day the Earth Stood Still, oklah, dah lama sangat aku tak tgk cerita yang ada kualiti skit, sebelum ni asyik tengok cerita bodoh jer, huhuhuhu. Walaupun macam kurang publisti besar-besaran dan hanya mendapat C- dari Yahoo Critics, cerita ni tak rugi ditonton.


Mengisah bumi yang akan dimusnahkan oleh makhluk asing agak klise, namun jalan cerita mudah, tak over dan lancar membuatkan kita selasa menontonnya. Pilihan pelakon yang tepat, terutama Keanu Reeves, Jennifer Connelly membuat cerita ini mantap dari segi mutu lakonan, tambahan pula lakonan anak Will Smith Jaden Christopher Smith yang nampak bersahaja menambah keserasian cerita. Cuma pemilihan Kathy Bates macam tak sesuai, pakaianya nampak macam dia patut berlakon dalam Hairspray. Tak nampak macam Setiausaha Negara, maaf la.


Mungkin jalan cerita bagi The Day the Earth Stood Still ini agak tak lari jauh, tapi intipati sebenar yang ingin disampaikan adalah sangat baik. Menyuruh manusia berubah menjadi Bumi tempat yang lebih baik dan selamat. Go for Green la kiranya. Idea lapuk tapi bagus untuk kesedaran manusia. Kali ni, pengarah mungkin nak lari sikit dari banyak aspek. Takda President/Timbalan President US (mungkin nak tunjukkan diorg penakut agaknya), takde sangat orang lari sana-sini, kalut sana, kalut sini. Tapi macam biasa, tetap nak tunjukkan kebodohan US dalam buat keputusan. Tu yang penting bagi pengarah agaknya :)


Tak banyak plot yang boleh diperbaik sebab konsep cerita The Day the Earth Stood Still mengikut acuan tipikal Hollywood. Cuma pengunaan patung besar agak kelakar ( tah sapa la bagi idea ni ) dan pemilihan sfera yang jatuh kat Cental Park New York US agak membosankan ( tak tempat lain ker????? US lagi ). Yang lain, mcm aku cakap tadi acuan tipikal Hollywood.


Kesimpulannya, cerita ini oklah, mungkin kurang efek khas tapi setiap kali pengunaan efeks khas, pengarah mengoptimumkan penyampaian jalan cerita tanpa nak menerangkannya dengan diolog. Tak rugi tonton cerita ini.

2 comments:

gidong said...

Best lah cerita dia ... tak sangka alien ( keanu reeves ) berubah hati last minute .. hehehe ... Bolt dah tengo ke ? atau Hafiz tak suka animasi ? ....

Khapeace Khalead said...

Bolt tak tgk lagi tapi ramai ckp best.