Sinema : Yesman, emmmm, okla


Salam, kawan, selamat berhujung minggu, selamat untuk aku gak, sekarang ni agak kalut sikit sebab bulan Januari 2009 ada outage kat tempat keja, so semua jadual nak kena siap kan, maksudnya weekeend ni kena masuk ofis la. Huuuuuu. Oklah, sebenarnya kali ni aku nak komen sikit pasal sinema yang baru tengok malam sabtu, Yesman.

Kalau ikut Yahoo Critics cerita ni dapat C+ dan kalau kut imdB diorang bagi 7.2/10 dan kalau Rotten Tomatoes - 45%. Bagi aku, aku bagi, emmm... 3.5/10 la.

Cerita dia ringan sahaja, tengok dvd pun dah cukup. Lawak yang Jim Carey kadang-kadang macam dah biasa dan pernah diulang sebelum ni. Cerita takde "bang" pastu "bang" Kadang kadang mendatar. Pembukaan yang agak lemah, tapi mood penonton mula naik bila sampai suku cerita. 

Dari segi lawak, memag kelakar, boleh ditonton segenap lapisan umur ( tapi ader unsur perkauman bagi orang Arab dalam cerita ni ). Tapi tengok dvd pundah  ok, tak ada scene secara besar-besaran yang hebat. Cerita ni ambil masa 1 jam 44 minit, takde la bosan sgt tengok, kelakar.

Dari segi lakonan, Jim macam biasa lawak dia walaupun kadang-kadang bosan, tapi pelakon lain, banyak yang tak pernah nampak, tapi tak saper yang menonjol, dan kadang-kadang watak heroin tengelam ajer sbb macam takde aura kot.

Yesman cuba menyampaikan nasihat yang baik melalui lawak  dan boleh menjadi contoh pada sapa yang asyik cakap "no"= no man! no man! no man! (sapa tengok cerita ni paham la). Teruskan kehidupan ini dan katakan ya, huhuhuhu.

Oklah, cukup la mengkritik, pada sesiapa yang nak tengok cerita ni, emmmmm....bagi aku rugi jer, abis duit jer sebab tengok DVD pun dah ok kot, lagi baik tengok Cicak Man, Histeria (huhuhu, aku tak tgk pun lagi, sokong cerita Malaysia!!!!).Alamak sakit perut, aku gi melabur dulu, nanti dah kaya aku buat filem aku sendiri ok, jangan tak datang tengok. Hihi.

Comments

Popular Posts