Kesihatan : Puting tak timbul

SAYA lelaki berumur 36 tahun, sudah berkahwin dan ada dua anak. Masalah saya ialah, puting susu saya tidak timbul seperti lelaki ‘macho’ lain.Kalau adapun ketika keadaan badan sejuk atau selepas mandi dan juga apabila diusap oleh isteri ketika mahu melakukan hubungan kelamin.

Bagaimanapun, saiz puting saya terlalu kecil hingga menyebabkan isteri tidak puas. Adakah ubat atau hormon yang boleh disuntik untuk menimbulkan serta membesarkan puting saya supaya sedap mata memandang, selain memberi kepuasan kepada isteri.
INGIN TAHU
Ampang, Selangor
Anda mempunyai puting yang tenggelam atau ‘inverted’. Ini semula jadi untuk anda. Ada kepercayaan orang dulu mengaitkan puting tenggelam yang kelihatan kepada anak lelaki mereka kononnya selepas itu akan dapat anak perempuan.Itu tahyul. Jika anda mahu puting yang tenggelam itu timbul satu hari nanti, anda perlu lakukan perkara yang lebih daripada apa yang isteri anda lakukan.Mengusap puting saja tidak cukup.
Saya cadangkan anda meminta isteri menghisap puting itu setiap kali anda melakukan hubungan intim dengannya.Dalam keadaan teruja, puting lelaki timbul dan mengeras, sama seperti puting wanita, cuma puting mereka lebih besar, lebih-lebih lagi selepas menyusukan anak.Ada juga lelaki yang mempunyai puting besar. Itu mungkin keturunan.
Hormon estrogen wanita membantu proses tumbesaran puting mereka yang kecil terbantut akibat kurang hormon berkenaan.Bagaimanapun, untuk lelaki, saya kurang pasti sama ada ia dapat membantu. Saya tidak syorkan anda makan hormon wanita (hormon estrogen dan progestogen seperti pil merancang untuk wanita) jika itu yang disyorkan mana-mana laman mengenai puting lelaki. Memadai dengan isteri menghisap puting anda.

Comments

Popular Posts