Mekanik : Capai 100km/j kurang 5 saat - Evora SC


Kebijaksanaan jurutera Lotus membolehkan enjin Evora jana kuasa maksimumANAK syarikat Proton Holdings Bhd, Lotus Cars Limited bakal melancarkan model terbaru yang dijana enjin berkuasa Supercharger dikenali sebagai Evora SC.
Jentera berkenaan yang menggunakan enjin 3.5 L V6 mampu mencapai kuasa sehingga 350 kuasa kuda (hp) akan dipamerkan kepada umum pada Pameran Kereta British.Kuasa Supercharger mampu menghasilkan tork sehingga 400 Nm yang membolehkan kenderaan itu bergerak daripada kedudukan pegun ke 100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam masa kurang lima saat.Model Evora terdahulu mencatatkan masa 5.5 pada jarak sama.Lotus Evora adalah ahli keluarga terbaru Lotus selepas pelancaran model Elise kira-kira 13 tahun lalu yang mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat kenderaan sport di seluruh dunia.

Kerangka Evora yang dihasilkan 100 peratus aluminium seberat 200 kilogram menjadikan model terbaru itu hanya memiliki berat keseluruhan 1,350 kilogram sahaja.Ia mampu mencecah kelajuan sehingga 250 km/j dengan kuasa maksimum 276 hp daripada enjin aloi Toyota model 2GR-FE 3.5 L V6.

Kebijaksanaan jurutera Lotus membolehkan enjin terbabit mengeluarkan kuasa maksimum hasil gabungan Unit Kom puter Elektronik (ECU), Lotus T6e.Evora dijana pacuan roda belakang dengan transmisi enam kelajuan termasuk pengenalan buat pertama kalinya sistem kotak gear Tiptronic.

Penggunaan transmisi Tiptronic adalah hasil daripada reaksi pelanggan di Amerika Syarikat yang mahukan jentera Lotus dibekalkan dengan transmisi berkenaan.Ciri standard Evora termasuk kerusi salutan kulit, meter tekanan tayar, penyaman udara, beg udara, sistem audio pelbagai Alpine, navigasi dan kamera undur.Meskipun Evora dikenali sebagai kereta berkuasa tinggi, tahap penggunaan bahan api hanya serendah 10.6 kilometer per liter, menjadikannya jentera bertaraf Supercar paling menjimatkan

Comments

Popular Posts