Semasa : Castro bidas Obama sokong serangan Israel

HAVANA - Bekas Presiden Cuba, Fidel Castro semalam mengutuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kerana menyokong pentadbiran bekas Presiden George W. Bush yang menyokong usaha Israel untuk menghapuskan penduduk Palestin di Gaza.

Castro menyelar Obama kerana meneruskan legasi Bush yang memberi sokongan padu terhadap Israel.

Bekas pemimpin tersebut menyatakan demikian kerana memberi reaksi balas terhadap Obama yang memberi sokongan kepada Yahudi yang menyerang Gaza pada 27 Disember lalu.

Castro yang menyerahkan kuasa kepada adiknya pada Julai 2006 kerana faktor kesihatan berkata, sokongan AS itu menjadikan Israel sebuah negara kuasa nuklear sekali gus memperkukuhkan kuasa tenteranya yang bakal menjadi ancaman terhadap seluruh negara Islam. - AFP

Comments

Popular Posts