Sunday, February 15, 2009

Dairi : Kemalasan tahap dewa

Salam semua, harap semua sihat, sungguh lama aku tak menulis. Mungkin sibuk, mungkin juga aku dah kehabisan idea nak menulis, kadang-kadang aku dah berada dalam laman ni tapi rasa takde apa apa nak tulis. Mungkin kesibukan buat aku jadi takde idea. Sejak akhir akhir ni pun kurang tengok TV. Banyak benda terbantut. Aku macam kena masalah malas tahap dewa.huhuhu.

Teringin juga cari benda benda baru yang menarik untuk dicuba tapi tah la, takde idea pulak, Kadang-kadang ada benda nak cuba, tapi malas sangat la. Kepala pun malas nak pikir, rasa nak rehat jer, nak tidur saja. Huhuhuhuhu. Korang boleh tengok pada post aku sekarang sebagai contoh, makin kurang, inilah kesannya.

Pembacaan aku pun sekarang dah berkurangan. Dulu aku mesti ada luangkan masa surf internet n baca la benda benda, sekarang ni hampeh. Kenapa yek. Tahla.Penat kot. Tapi aku tau kenapa, tapi takleh tulis kat sini sebabnya, tak boleh kot. Dulu ada gak aku baca buku, sekurang-kurangnya cerita karut, tapi sekarang, emmmm, surat khabar pun malas nak pegang. Yang paling teruk sekali, aku malas nak balas sms orang, malas nak balas email orang, malas nak balas msg dalam hi5,myspace, friendster ets, kadang kadang tu malas nak balas YM, ada pernah tu malas nak jawab telefon. Teruk tak.

Sejak akhir-akhir ni aku cuba mewarna, tapi nampaknya, skit jer yang terhasil, aku ni sangatla malas sekarang, macam makan pil malas lak. Huhuhuhuhu. Badan aku dah gemuk balik dah, dah jarang gi gym. Tu pun sebab malas, kadang-kadang gi gym, dok lepak jer, minum air percuma.hihihihi.

Kawan-kawan, tolong bagi idea sikit camna nak dapatkan anti malas................................

4 comments:

uNcLe TiEf said...

huhuhuh..
cari la bahan yang lebih intersting..huuhuh...amacam??

juelee said...

heheh ubat untuk penyakit M memang takde di pasaran... erk ko neh kene mood PMS ke?
ayat cam kureng umphhhh, cam takde mood

Khapeace Khalead said...

PMS tu aper yek

Khapeace Khalead said...

apa la bahan tu?