Dairi : Hari Bengang Sedunia

Salam, emmmm, bengang betul dengan U Mobile, teruk sangat signal, bengang tul. Bengang, huhuhuhu, aku dah angap hari bengang sedunia bagi aku. Dah la nak download fail pun macam haram, sekejap ok, kejap putus, memang bengang, kadang-kadang nak hempas jer laptop, huhuhu, kalau korang nak tahu aku pernah karate laptop aku sampai pecah masa belajar dulu. Akibatnya, padan muka, kena beli dekstop murah untuk siapkan kerja. Aku tak la panas baran tapi kadang-kadang meletup gak. 

Aku taknak tulis panjang-panjang sebab aku ni dah malas, tapi malam ni, aku nak luahkan rasa tak puas hati aku sempena hari bengang sedunia. Ada dua kisah, so enjoy.

Hari ini, aku dok bengang tul dengan akak yang bangang jaga bahagian seluar kat bahagian Renoma/Smalto, Jusco Bukit Tinggi, Klang. Aku beli seluar n nak potong, mintala potong sebab aku ni pendek, huhuhuhuhu. Dah ukur ukur dia punya pekerja, dia cakap dalam 1/2 jam datang la, aku pun pusing pusing, 45 minit balik aku datang, adala akak bangang ni muka ketat, nampak macam sibuk tulis apa tah, bila aku tanya pasal seluar langsung tak tengok aku, buat kerja dia, dah la kita pelanggan, buat muka macam s**l, huhuhuhu. Dia kata, dia sibuk, tak jahit lagi, datang lagi 1/2 jam.  Aku ada nampak satu plastik sebelah dia, tapi aku tak pasti aku punya atau orang lain, pastu aku datang la lagi, dah 1 jam 15 minit aku tunggu, datang-datang, aku tanya lagi, dia kata tak siap lagi, macam biasa, kali ni tak pandang langsung, sibuk menulis, tulis surat cinta kot, aku pun naik bengang la, tetiba ada budak pempuan ni, cakap dah lama siap, s**l punya pempuan, bengang aku.  Dia buat muka selamba ajer. Pasni aku malas nak beli dah, jangan beli seluar kat Jusco Bukit Tinggi, Klang terutama bahagian Renoma/ Smalto. B*d*h punya pempuan.


Malam tu aku bertambah bengang dengan 2 org b*d*h. Gym tempat aku pergi memang penuh, sampai tak cukup ruang. Lepas kardio aku gi la nak angkat dumbell. Disebabkan ramai orang aku dapat la dok celah -celah depan cermin. Aku nak tgk cermin untuk check angkatan aku betul. Tengah2x aku angkat, ada la instructor perasan hensem dok kat depan cermin borak sehingga menghalang ramai org. Aku pun buat muka bengang. Agaknya dia perasan, dia pun blah, tetiba ada mamat s**l ni dok atas tempat dumbell dan menghalang cermin lagi sekali. Aku buat muka tak puas hati, dia buat tak tahu. Aku dah bengang, aku gi sebelah dia, aku hempas dumbell sebelah dia, semua org tengok, tahu dia turkulat-kulat macam b*b*.

Kadang-kadang manusia tak pahamkan, kita hidup menumpang dalam dunia ciptaan Allah ni buat sementara. Sombong tak pertempat, kuat perasan hebat, pentingkan diri sendiri, dengki, antara contoh perangai yang kadang-kadang tak masuk akal nak dilalukan. Oleh itu, tepuk dada, tanya akal. :)

P/s : bengang yang digunakan - 8 kali


Comments

kami said…
perkara sama juga pernah terjadi pada KAMI tapi tempat nyer di ISETAN KLCC. lagi la bengang. kalau nak citer leh bukak entry baru. tapi pembalasan aku complain melalui email. Terus Manager call lek. dia kata nak sekolahkan lek budak tu then monitor. Kadang kala kita bukan nak tunjuk bagus tapi perlu untuk menegur sekira nyer dia tak sedar2 cam yg terjadi ngan ko tu.
Emmm, org org macam ni perlu di tegurkan
juelee said…
bertenang ye Encit....
orang camni patut kite bagi sedas...
huhu sombong tak bertempat

Popular Posts