Monday, March 30, 2009

Dairi : Kenangan Hujan

Salam semua, emmmm, lebatnya hujan kat PD ni,terperangkap aku nak keluar, baru plan nak jalan jalan kat Teluk Kemang, kecewa aku. Dapat tengok ajelah hujan hujan yang turun lebat ni.

Dah lama dah tak tulis apa apa, tahla, macam takde mood nak tulis, idea pun takde. Kalau tak sebab aku terperangkap dalam hujan ni, takde la aku nak menaip ni. Kisahnya Hujan.

Hujan, bila tengok air yang menitik yang lebat ni teringat masa kechik kecik dulu n teringat kat nenek kesayangan aku. Masa kat kampung dulu, kalau hujan, mesti pantang nak mandi hujan. Sampai nangis nangis kalau tak dapat mandi hujan. Dapat mandi pun kalau janji basuh simen rumah, takde ribut n petir. Tapi aku ni nakal, selalu  mandi hujan secara haram, pastu habisla lepas mandi, kena bantai dengan nenek. Paling lucu tu, nenek kejar satu kawasan rumah, paling jahat, aku dok "alan-alan" kan nenek aku. Nakal tul aku. Kalau aku tak dapat dibantai, jawabnya tak dapat masuk umah la petang, bila nak masuk isyak, dah mula gelap gelita, mulalah merayu rayu nak masuk, masa tu orang cakap "Seperti orng mengantuk disorong bantal" abis la kena belasah, sediakan badan ajer la. Bila dah besar ni baru kita tahu, orang tau tua dulu takut kita demam, batuk, etc, bukan nak sekat kita kanak kanak nak bergembira.

Hujan juga mengingat aku pada motor kesayangan aku dulu JCC merah, masa belajar, kawan kawan aku panggil ferrari merah ( bukan kena puji sebenarnya) walaupun aku sedar diorang kutuk motor aku yang buruk ni, tapi lantakla, motor aku. Diorang kutuk sebab  naik motor baru. Aku tak mampu. Pakaila apa yang ada. Sekarang ni aku dah jual dah, suzuki best aku tu. 

Alkisahnya, masa tu aku baru masuk U dan aku beli motor aku ni  cash pakai biasiswa. Motor ni motor second je, jadi paham paham la prestasinya. Ingat lagi, kali pertama aku datang KL, dari U nak gi bangsar. Tengah pertengahan jalan, hujan lebat sangat, petir sambung menyambung. Habis basah dan bila kete lalu, lecur habis semua aku kena percikan air hujan. Dah la tak pakai baju hujan. Hujan sangat la lebat. Disebabkan hujan, ada kereta hampir nak langar, nasib baik tak jatuh atau berlaku kemalangan. Pastu aku sesat. Sesat tah kemana mana dalam hujan lebat sampai aku rasa putus asa. Dalam kesejukkan aku behenti dalam satu terowong (kat Lebuhraya Persekutuan) , menahan sejuk kesorang, memikir kerdilnya aku ni di bumi Allah. Sayu masa tu, tapi tak nangis la.Hahahaha.

Hujan hujan hujan....................

1 comment:

Muhammad Firdaus said...

hahaha...kat Pantai Timur nie pon byk hujan...hari2 hujan. Terbaca plak topik hujan nie...apa2 pon - enjoice!