Thursday, July 2, 2009

Akta Telekomunikasi 1950: Jangan jadi penguna bodoh :(

Salam, rasanya era penulisan blog akan diteruskan semula, selepas aku menutup Umobile, dah dekat 2 bulan aku dah tak ber " YM " atau sebagainya. Kali ini, aku sambung balik sambungan "broadband" dengan sambungan paling rendah 128kbps, RM 38 sebulan, Celcom. Kelajuan? Sangat teruk dan tidaj boleh harap. Tapi nak buat macamana? Ada pilihan? Tiada. Cukupla aku bayar RM 68 sebulan gunakan Umobile, aku dah tak sanggup menderita. Sampai bila nak macam ni. Kawan aku kat Singapura gelak bila dengar " broadband " kat sini boleh sampai 2 Mbps ( tu pun macam tak pernah sampai), kat Singapura, dah sampai 15Mbps. Mana silapnya, apa sebab lembab bagi Malaysia, tepuk kepala, tanya akal. Buat masa sekarang ni, hampir setiap 10 ke 15 minit, mesti terputus sambungan. Bila putus, sambungan semula ke "YM" pula hampir 5 minit. 

Akta Telekomunikasi 1950 perlu lebih ke arah "penguna penentu penguasa", patutnya penguna dengan mudahnya boleh menyaman pada pembekal "broadband". Ini tidak, kita penguna macam ditipu hidup-hidup. Benda ni terjadi pada aku sendiri, contohnya, MAXIS tak pulangkan duit RM 100 bila aku batalkan kurang 7 hari, dah banyak kali aku telefon, tapi orang ni suruh telefon orang sana, orang sana suruh telefon orang sini. Akhirnya tak bayar. Sama la Umobile, dah tutup, tapi suruh bayar jugak.

Oleh tu, aku sarankan, sama-sama la kita bangun bagi mendapat hak kita, jangan jadi penguna bodoh :(

No comments: