Dairi :"Siti Jarum" - Hebat sangat ke MJ?

Salam semua, cuba baca artikel di bawah ni (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0712&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm)

"TERSINGGUNG sangat dengan SJ
Assalamualaikum,Tergetar dan terusik jiwa saya apabila membaca tulisan Siti Jarum (SJ) mengenai Michael Jackson (MJ) yang tersiar di dalam Pancaindera pada hari ini.
Apa yang saya kalutkan? Apa yang saya sedihkan? Sehingga saya begitu terpanggil untuk menulis kepada surat khabar buat pertama kalinya di dalam hidup saya yang hampir 45 tahun ini.

Saya salah seorang peminat setia MJ semasa hayatnya. Banyak hasil kerja MJ dan MJ itu sendiri yang membawa kesan yang sangat positif kepada kehidupan saya. Dan saya percaya, ada berjuta hamba Allah di dunia ini, peminat MJ yang akan menyatakan perkara yang sama. Saya tak payah ulas satu persatu kesan MJ kepada saya sebab saya percaya SJ sendiripun menyedari hal itu. Itu hak kami, tidakkah begitu?
Seperti juga buat SJ, adalah hak anda untuk menulis "Apalah sangat MJ apabila dibuangkan semua elemen-elemen spektakular" di setiap pertunjukan pentas besar-besaran MJ.

Kalau itu pandangan SJ, itu hak anda. Tapi, adakah kerana anda mempunyai kuasa menulis di surat khabar perdana, maka anda mempunyai hak untuk menyinggung perasaan kami,
khususnya peminat MJ? Apa hak anda untuk menggoncang perasaan kami di pagi Ahad ini, menambah kesedihan kami yang kehilangan salah satu pemangkin positif kepada kehidupan kami?

SJ tidak mempunyai hak untuk menulis persada dan memperlekehkan perasaan kami. Kami ini yang masih berada di dalam kesedihan. Kami ini yang merasakan kehilangan.
SJ, anda adalah seorang manusia. Begitu juga saya dan pembaca anda. Siti Jarum, saya tidak pasti dengan nama pojok yang anda pilih; adakah ia semata-mata untuk anda 'mencucuk' secara rambang. Yang saya harapkan ialah anda akan mempunyai jiwa yang halus umpama jarum, hati yang luhur, dan nurani jitu yang sentiasa berpaksikan 'kebaikan' di atas semua tulisan anda."
Artikal "Siti Jarum" di Pancaindera 5 Julai 2009.

Walaupun aku tak berkesempatan membaca artikel yang ditulis "Siti Jarum" ni tapi daripada komen dan luahan hati pembaca, jelas sekali penulis ini telah membuat sesuatu yang tidak profesional. Siapa "Siti Jarum", aku pun tak kenal, pernah menang anugerah Nobel? Anugerah Kewartawanan? macam tak kot, Anugerah Syok Sendiri adala kot. Penulis ni ada ruangan di surat khabar arus perdana, malas nak cakap surat khabar mana, takut kena saman lak

Bukan apa, aku selalu baca ruangan "Siti Jarum", saja nak baca hasil penulisan yang kadang-kadang langsung tak membina, kadang-kadang cangung, kadang-kadang macam tak buat homework, tapi kadang-kadang macam hasil penulisan budak-budak pun ada. Pada pendapat aku, orang jenis ini, dia suka menongkah arus penulisan, mungkin nak jadikan ruangan dia popular kot. Penulisan macam ini jelas terselit unsur (PHD) - Penyakit Hasad Dengki. (Mungkin editor suruh). Dari apa yang pernah aku baca, hasil penulisan "Siti Jarum" selalu mengambarkan sesuatu yang positif menjadi negatif, contohnya membidas/menidakkan orang yang berjaya, dan disebut-sebut kelemahan orang tersebut seperti menghina sikap orang tersebut. Padahal cerita sebenarnya pasal kejayaan orang tersebut. Dan satu lagi, "Siti Jarum" ni suka memperlekehkan orang.

Aku suka membaca, tapi kadang-kadang membaca benda yang tak membina boleh meracun otak untuk tidak membaca. Jadi, wahi orang yang telah Allah anugerahkan bakat menulis, kalau nak tulis apa apa tu, tepuk kepala, tanya akal, pastu baru menulis.k

Comments

minn said…
kalau nk tahu..si siti jarum nih mmh selalu mengarut..penulisan murahan!

Popular Posts