Saturday, August 29, 2009

Dairi: Mamat Curi Roti tengah bulan Posa

Salam, cerita ni agak lewat gak la aku tulis, tapi ni la baru ada masa. Keadaan ini terjadi beberapa hari lepas masa aku gi Putrajaya. Bukan nak megaibkan orang kat situ tapi sedih bila tengok orang Islam bertindak macam ni. Bak dalam perkataan kasar orang kampung aku, macam sial ( takde niat, saja nak gambarkan keadaan kat situ)

Aku gi Kompleks C Kerajaan, bangunan SPA dan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, masa tu aku ada urusan sedikat dan yang mana aku kena la tunggu lebih 3 jam (biasa la kerajaan). Parker kat kawasan tu teruk sangat. Aku pun tak paham, camna la Putrajaya ni boleh diaangap bandar pintar. Sistem parker pun tak cukup dan serabut (bukan nak memburuk-burukan, tapi kenyataan). 

Setelah 2 jam aku dok situ, dari kul 10.00 ke pukul 13.30, macam -macam aku tengok. Orang kat bangunan ni tak puasa ker?????????? Ada satu mamat ni curi roti. Ada mamat ni lak bawak makanan bungkus. Ada mamat ni lak beli air, ada pakcik ni beli sup bungkus, Apa??????, Peliknya aku. Bila masa rehat tu, aku tengok semua orang bawak bungkus nasi, nak2 pempuan la(tapi walaupun diorang tak boleh puasa, cover la skit). Macam bukan bulan posa lak. Pelik tapi benar. Binggung aku dibuatnya??????

No comments: