Dairi : Hari Hari yang sakit

Salam, pada semua blogger, emm, dah lama sungguh tak menulis. Bukan apa, sekarang ni  kat tempat kerja, blogspot  punyer site dah kena block, so takleh la nak menulis. Jadinya sekarang ni mengharapkan sim card ni ajer la. Tapi mungkin dalam 2 – 3 hari ni aku akan aktif menulis kot. Kenapa? Sebab masa terluang banyak sangat kot hospital ni, yup, aku kat hospital.Nak tahu? Meh aku buat publisti murahan untuk diri aku. Huhuhuhu


Tunggu punyala sampai setahun, baru dapat bedah. Dah lama aku menderita , tapi rekod tak cukup, so aku kena tunggu. So isnin ni, 01/12/09, aku akan jalani pembedahan buang tonsil. Tau tak tonsil, cari la kat internet, dalam blog aku pun aku pernah tulis. Dari kecik aku memang dah ada tapi tak serius la. Tapi sejak 2-3 tahun ni makin menjadi dan tahun ni ajer aku dah kenal lebih 6 kali, so, dengan rekod 6 kali ni lah melayakkan aku buat pembedahan ni. Tapi pembedahan kecik ajer, harap lepas ni, ok. Setelah berbincang dengan pakar, dia kata buat cepat cepat lagi bagus coz senang, tak payah melarat. Bila tonsil aku bengkak jer, mulala, demam, sakit tekat, sakit telingga etc. tapi kali ni paling teruk coz telingga berdesing, pastu macam kena cucuk paku lak, terpaksa la makan ubat tahan sakit, kalau tak, menjerit la ajer kerja aku. HUhuhuhuh.


Sebenarnya, akau dah mula sakit tekak dan deman dari Rabu, so aku tahu la, ni mesti kes tonsil bengkak ni, tapi disebabkan aku dah biasa kena, aku tahan la coz banyak kerja. Tahan punya tahan, benda tu naik kat telingga, Ya Allah, pedihnya rasa, aku memang tak tahan sangat, sakit bangat. So, aku pun serang klinik yang selalu aku gi dan dia mintak aku rujuk pakar, dan ni lah aku sekarang menaip dari bilik 433 ni. Sorang-sorang jer kat sini coz aku dah suruh family balik, setakat ni aku leh jaga diri sendiri kot, tak nak menyusahkan org. Aku pun tak  bagi tau sesapa. Malas, minor surgery je.


Tapi masa nak masuk wad, buat aku bengang gak, sepatutnya aku dapat bilik single, last last disebabkan ketidak cekapan petugas, aku diletakkan bilik double bed, dah la org sebelah ni bukan Sehati Berdansa kuat-kuat, emmm,menganggu. Cewah. Tapi apa pun bersyukur pada apa yang ader :), tul tak. Apa apala aku ni.


Oklah, cukup la ni, kalau ader idea aku tulis lagi. Kawan-kawan yang rasa sakit tu, cepat-cepatla check doc, kadang-kadang banyak benda tersembunyi  dalam badan kita.K. Tepuk akal Tanya hati  :)

Comments

Popular Posts