Friday, November 6, 2009

Dairi:Waktu peribadi yang statik-Cakap-Cakap kosong jer

Salam pada semua pembaca. Jam dah nak pukul 5, kalau kat tempat aku, masa ni masa nak balik. Tapi ada kerja lagi yang tak selesai. Bosan gak. Bosan menunggu. Sepanjang minggu ni, aku rasa agak banyak keja, cuti 4 hari minggu lepas buatkan kerja bertimbun. Banyak yang aku tertinggal, terpaksa berlari-lari kejar. Sedang aku tak baper sihat ni, masa ni la jugak hujan, lembab jadi. Otak lemau orang cakap. Tapi aku buat sibuk sebab malas nak fikir pasal selsema aku yang tak putus-putus ni. Kata Pak Badrul, hujan tu, hujan, tapi kalau dah asyik pikir kena hujan demam, jadi demam la jawabnya. Yeke? Bukan apa, just kena hati-hati, takut bila dengar gelombang HINI akan menyerang lagi.

Waktu peribadi buat aku masa ni macam masa statik, takde kemajuan, takde penurunan. Macam statik. Rasa seronok dengan pada keadaan sekarang tapi dalam waktu yang sama, asyik tertanya-tanya, camna la nak gerakkan waktu aku yang statik ni. Camner yek? Kena angin perubahan tiup kot baru detik jam bergerak. Tahla. Bagi idea sikit semua.

Oklah, cukup la aku merepek ni la. Banyak lagi kerja yang aku perlu buat daripada merepek ni,huahua hua. Okla, selamat petang la.

2 comments:

fbisp said...

sempat lagik dok melalut walhal keje bertimbun... takpe, nk relez kejap pun ok... papepun, kesihatan kene jage yer.....

NEN said...

t lah kerja2 yang menguntungkan selain kerja yang ada macam berniaga kew kan boleh menambahkab hasil ... dan tak boring kalau ada kerja2 macam tu baru lahy orang kata ada perubahan hidup dari statik terus boleh jadi active