Tuesday, December 1, 2009

Senima:2012

Salam, kan aku dah cakap, aku akan menulis je sekarang, huhuhuhuhuuuhuh. Baru semalam aku post, ari ni aku buat post balik. Dah lama aku tak review filemkan. Sebenarnya ada filem yang aku tgk. Cuma tak sempat nak buat pandangan. Disebabkan ader masa ni, aku nak komen satu filem yang aku tengok pada tayangan hari pertama, 2012. Mungkin dah terlalu lambat, tapi nak buat camner, takde masa lah.

Satu lagi filem dari Ronald Emmerich, rasa semua pasti biasa dengan konsep dan struktur cerita mamat ni. Kesan khas adalah kekuatannya. Menonton 2012, pengalaman melihat visual efek yang cemerlang ditonjolkan dengan baik. Bagus bagus. Seronok tengok. Terasa macam kat tempat tu pulak.

Ok, cukup bahagian positif. Negatifnya terlalu banyak. Jalan cerita pun dah buat orang cakap,  alahai. Ala, takde apa-apa perbezaan pun dengan cerita terdahulu, tengok sajer  Day After  Tommorow, War of the World, etc, semua sama je. Rasanya cukupla dengan jalan cerita sama. Orang US ni dah cerai baru nak sayang balik ke keluarga ????? Bosan.

Ok, kita pergi dari segi lakonan, presidan nampak lembik sangat, anak presiden macam dah tua jer, tak sesuai la, pastu  watak saintis kulit hitam tak cukup emosi, tak sampai la bro. Pastu tak berkenan langsung dengan isteri pada hero dengan anak perempuannya ,tak nampak neutral, kaku la cik kak. Pelakon tambahan nampak lagi ok. Kesimpulanya, lakonan dari pelakon tak berapa meyakinkan. Nampak buat-buat. Saat babak paling aku tak suka pada masa ialah masa last cerita, emosi yang nak disampaikan oleh watak saintis kulit hitam untuk benarkan org yang tersekat kat luar untuk masuk, TAK SAMPAI. Tak cukup emosi, tah la, serba kekerungan. Masa presiden bagi ucapan terakhir pun tak cukup sayu. Tak besh la.

Mula-mula tu best la tgk visual efek  yang dipaparkan, tapi makin lama, makin bosan, asyik itu jer, yang aku tak tahan tu 3 kali aksi kapal terbang  berjaya tebang, pastu masa tu gak tanah retak lah, asap datang lak.  Tapi sempat berlepas tu. 3 kali ok???? Buatla benda lainlak. Bosan gak benda yang sama ni.

Cerita ni terlalu banyak nasib baik, sejujurnya aku tak suka yang selalu banyak nasib baik, tapi nak buat camner, kalau tak de nasib baik, awal-awal hero dah matikan. Tu la.

Bila tengok suratkhabar kat Malaysia, cerita ni di lambung tinggi. Tak tahu, mungkin penulis dibayar kot. Aku pun garu kepala lak. Bile aku cakap cerita ni tak cukup kuat, ramai kawan-kawan kata aku pelik. Aku tak cakap tak bagus , cuma banyak kekurangan sangat. Kalau baca review dari sumber luar, banyak yang menanda aras cerita ni dari C+ hingga D, hairan kan. Tapi aku setuju.

Memang la cerita ni bagus dari visual efek tapi dari nilai seni dan struktur cerita mungkin kureng kot. Berbaloi untuk RM 11 untuk melihat kesan khas.  Tapi jalan cerita, nope XXXXXX.Oklah, tepuk dada Tanya akal.K

No comments: