Sunday, December 13, 2009

Sinema: Santau = Jangan Pandang Belakang = Congkak = Takde apa yang menarik pun





Salam semua, hari ni nak citer pasal filem Santau yang sedang dimainkan, Di war-warkan sebagai filem seram terbaik pernah dihasilkan di Malaysia oleh salah satu akhbar berbahasa Melayu membuatkan aku garu kepala. Yeke? selepas menonton pada hujung minggu, rasanya aku tak setuju kot.

"Seperti filem seram lain, Santau banyak bermain dengan sudut kamera yang mampu membuatkan dada penonton berdebar-debar. Latar muzik dan bunyi turut membantu membangkitkan suasana menakutkan. Tidak hairanlah ada penonton yang menonton filem ini di sebalik celahan jari."


Dimomokkan oleh pelbagai kritikan yang memberangsangkan dari media, tergerak aku nak tengok filem ni. Ok ker? Sudahnya KO adalah. Kesimpulannya Santau = Jangan Pandang Belakang = Congkak = Takde apa yang menarik pun. Takde apa yang istimewa. Tak paham macamana penulis artikel boleh puji melambung cerita ini. David Toe bagi anpau ek? Kita memerlukan pandangan yang telus. Berani la sikit.

Kembali kepada Santau, dari segi jalan cerita, ringkas dan bosan. Konsep sama seperti cerita terdahulu,  Santau yang sepatutnya dihantar kepada penonton, tenggelam tercugap-cungap, tak cukup rempah penceritaannya.

Sebut saja mengenai santau, aku serta merta terbayang mengenai penyiksa, darah, sakit, jarum, kaca dalam perut (ikut apa yang diceritakan dikalangan org Melayu), tapi dalam filem Santau, lain sikit kot. Santau kali ni hantar hantu kot. Sedikit sinopsis dari http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Z/20091212080757/Article

"Filem ini berkisar kepada kehidupan sepasang suami isteri, Halim dan Nina bersama anak perempuannya Tuti dalam keadaan kucar kacir apabila pelbagai kejadian pelik menghantui hidup mereka.

Peristiwa pelik itu mula berlaku selepas jiran baru berpindah bersebelahan rumah mereka. Sejak itu, satu demi satu kejadian mengerikan berlaku sehingga ia hampir meragut nyawa isterinya. Walaupun pada awalnya Halim tidak mempercayai apa yang berlaku adalah gara-gara perbuatan khianat, namun selepas menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri, barulah dia mempercayainya."

Watak utama yang dibawa Esma Danial Md Isa membuatkan aku garu kepala. Digambarkan seorang yang baik budi pekerti,  seorang yang murahan, beriman, kuat agama (digambarkan pergi masjid dan sentiasa berjemaah) dan mencampuri penduduk setempat, SEPATUTNYA, mengikut ciri-ciri yang cuba digambarkan, pelakon utama sepatutnya bijak dalam hal-hal agama. Tapi malangnya, dalam filem Santau, pelakon utama digambarkan, individu yang tidak mempercayai santau dan mengangap,santau adalah benda karut semata-mata .

Pelik bukan, pengarah tak buat studi ker? Jin, syaitan etc merupakan termasuk dalam hal-hal atau perkara-perkara ghaib, kalau merujuk pada sifat watak utama, mestila watak utama dapat menerima konsep santau. Lainla watak utama digambarkan, menjalani kehidupan biasa sahaja, tak tahu pasal agama atau tidak mengamalkan amalan dalam Islam, menjalani kehidupan moden , bodoh pasal agama ker, barula nampak logik sikit watak utama menolak dengan keras konsep santau. Tolong la buat studi skit.

Dari segi lakonan, biasa sahaja, pujian buat watak Nina yang sanggup makan telur dengan ulat. Cerita ni tak banyak bermain emosi, semua jerit-jerit, pastu buat terperanjat. Tah, biasa jer la. Plot kadang-kadang macam tak perlu. Shoot diambil semata-mata nak tunjuk ada hantu tanpa memikirkan apa sebenarnya yang cuba ditonjolkan. Membazir masa ahhhh. Huhuhuhu.

3 comments:

aShaBuLz said...

pergh....selamat tak pergi tgk lagi. thanks for the info..

kami said...

Salam, lama betoi aku tak singgah komen blog ko. Ape kabar? Camner sihat dah ker?

Khapeace Khalead said...

SIhat sajer, cuma makin gemuk,huhuhuhu