Wednesday, January 13, 2010

Dairi : Main Badminton sampai pitam. Gilos




Huhuhuhu. Salam semua. Rasa letih badan aku sampai sekarang. Dah lama tak bakar kalori ni. Gym pun dah dekat sebulan tak pergi. Last timbang, naik tiga kg dah. Poning kepala. Senam malas. Bila dah gendut nak marah marah lak. Manusiakan. Biasala.

Disebabkan berkobar-kobar Si Aimee nak main badminton, aku ikut la walaupun keputusan wakil kolej(aimee) lawan wakil kampung (aku) dah tahu keputusannya, aku pun turut berkobar-kobar memegang raket yang dibeli dengan harga RM 50 jer ari tu. Pukul la aku, ke kiri, ke kanan, ke bawah, ke atas sampai nak tercabut tangan, bile tengok jam. la, baru 15 minit main. Letih macam 5 jam main.Kikiki. Kesimpulannya. Kena fitkan badan la. Tapi sebenar-benarnya, takde bakat.Huhuhuhuu. Terus terang.

Dengan 1 jam 30 minit sewa court, boleh kira berapa saat la aku bermain. Sebab banyak sangat berehat. Lagipun lawan aku terlalu hebat. Bekas juara peringat planet-planet kat sistem suria ni.Hihihihi. Takdela. Gambar kat atas tu gambar aku dah keletihan main. Tergolek-golek macam buah nangka aku mengejar bola walaupu sedar tangan tak sampai, kaki pendek tak sempat nak kejar bola,huhuhu. Sampai satu masa tu aku cam nak pitam. Tapi aku gagahnya juga perjuangan yang memang aku tahu aku akan kalah gak.

Walau bagaimana pun, pasni, pasti main lagi. Seronok gak, tapi pakcik cepat ponat dek. Letih membawa perut ni kot. Huhuhuhu. Sapa yang rasa tak reti main tu, ajak la aku, nanti kita leh masuk satu group, budak-budak baru belajar.huhuhuhu. Oklah, chow.

No comments: