Thursday, January 14, 2010

Dairi: Si Gemuk yang dibuli



Salam semua. Kebosanan sambil main farmville dengan mendengar America Idol membuatkan aku teringat satu kejadian masa aku main futsal. Emmm. Nak tahu apa nak aku tnamak. eMMMM. Benda yang biasa kita dengar dan kadang-kadang tak ambil endah.


Oklah, apa yang aku tengok. Masa tengah rehat jap, aku tgk padang sebelah. Padang rumput. Sorang mamat gemuk berlari ke kiri kanan mengejar bola bersungguh-sunggup, fokus, yakin, tapi kekawannya menjerit, "woi, badak lari arhh", "bergegar padang, bodoh,hahahaha", "lembabla,kejar arhh bola" Emmm. Bengang dan marah gak aku pada masa tu. Kenapa nak kutuk dan jerit kat orang macam tu macam tu? Adakah sebab dia gemuk?


Walaupun aku pun dikira ketegori gemuk, melihat kejadian di atas pastu tengok Biggest Loser Asia membuatkan aku betul-betul tak paham dengan manusia. Kalau orang tu dah gemuk, lantakla, buatpa nak kutuk, nak buat tak peduli, nak asingkan. Adakah mereka yang cantik terasa terancam? Kenapa? Orang kurus baik sangat ker. Bagi aku, orang gemuk ker, pendek ke, bodoh ker, semua ada perasaan. So, jangan la jadikan fizikal orang untuk menyakitkan perasaan orang lain.


Kalau ikutkan sepatutnya orang yang gemuk membuli, tapi hairan gak mengapa orang yang gemuk dibuli, pastu orang yang kurus pulak tuh. bukankah yang gemuk sepatutnya lebih kuat dari yang kurus? tetapi dibuli juga. hairan kan? orang yang dibogel-bogelkan di sekolah dahulu semuanya yang berbadan besar, berkulit  hitam ataupun yang terlampau nampak baik-baik atau nerd. Mengapa agaknya? kalau di dalam cerita cerita televisyen juga memaparkan perkara-perkara sebegini.


Kalau ada bersikap macam tu, berhenti.

3 comments:

ann sparrow said...

hahaha... just love dis post.... terharu ade org membela nasib...huahuahua... tp bab buli tu.... aku rase...aku yg buli org...hehehe..

Khapeace Khalead said...

huhuhuu

aShaBuLz said...

yg penting skrng kita bangun dengan lebih tinggi. orang yang dibuli dulu selalunya akan lebih berjaya dari yang membuli.