Sinema:Paranormal Activity-Best Horror Movie 2009



Salam semua, harap semua dalam keadaan sihat sejahtera. Ingin berkongsi satu filem seram baru yang baru menerjah pawangam Malaysia. Bagi yang tak biasa dengan konsep kamera rakamam bagi keseluruhan cerita (sama seperti Clovehover dan Blair Witch Project), cerita ni boleh memeningkan kepala. Ramai yang merungut kalau tak biasa. Mendapat pungutan lebih 100 juta hanya di US dengan kosnya hanya beberapa juta, konsep cerita sebegini merupakan trend yang semakin mendapat tempat dihati penonton.

Ringkas tapi seram yang sebenar. Itulah yang boleh aku ucapkan. Takde pun nampak hantu sepanjang cerita ni, tapi keseraman yang dibina serta suspen yang terkejut memang meremang bulu roma. Mendapat banyak kritikan positif dari pengkritik pro, cerita ni memang bagus dan lain dari lain dari kisah hantu seram biasa. Dikutip dari kisah aktiviti paranomal biasa didengar, sepeti pintu tertutup sendiri atau bunyi barang terempas, susunan plot menjadikan filem ini berdiri dengan kisah yang tulen dan tersendiri keseramannya. Lakonan pelakon, superp. cuma ader 4 watak sahaja. Tapi best.



Masih teringat masa babak yang mana watak utama ditarik dan diseret oleh paranormal dari atas katil. Kemas dan menakutkan. Betul betul best.



Secara keselurahan, filem ni betul betul seram, pergila tengok.

Comments

Popular Posts